Search This Blog

Thursday, July 12, 2012

MENANTI PRU2012-DEBAT IDEA JAYANEGARA

Saya percaya pembaca semua pasti kagum dengan bahasa yang digunakan oleh Jayanegara. Dalam mengutarakan hujah, bahasa yang baik akan menenggelamkan fakta yang benar. Lantaran pendapat Jayanegara saya terbitkan dalam blog ini, maka saya perlu mendebatkan kembali hujah Jayanegara.



  1. Diusia muda tatkala aku tak kenal aku ini siapa.... kamu penguasa negara hanya mampu membiarkan saja.... kupukul sesiapa ku suka tak ku peduli Neraka. 
Kini diusia tua 47 tahun umurku... sudah aku kenal aku ini siapa... aku adalah Raja Dunia.Diam semua kamu! Tatkala aku bicara.. hidup kamu ini untuk apa. Susah sengsara manusia kamu biarkan saja..... kamu semua memang celaka. Hormat lah kamu pada Raja.... aku peduli apa. Aku datang merampas singgahsana... turun kamu Sultan Gila dari tahta... kini aku nak ambil alih kuasa.Saat dan tika sempadan takdir dari PEMUNYA... aku pasti datang meregut kuasa dari jantung-jantung setiap yang bernama Raja.Ikut aku atau kubunuh semua... aku tak peduli kamu siapa.... 


Hujah Dr. Zainal:

  1. Pemerintah sebenarnya mewujudkan institusi pendidikan yang dikenali sebagai sekolah rendah, menengah, dan IPT sebagai tempat pembentukan modal insan di Malaysia. Peluang untuk mendapatkan pendidikan adalah sama. Namun, seringkali terdapat pelajar yang gagal mengenalpasti potensi diri ketika di alam persekolahan. Jayanegara adalah salah seorang daripada individu tersebut.
  2. Semenjak merdeka, polisi kerajaan untuk membangunkan Melayu adalah jelas. DEB, Wawasan 2020, dan Transformasi Negara adalah langkah bijak untuk membentuk semula negara bangsa Malaysia. Sebagai contoh, FELDA telah berjaya melahirkan lebih 1000 jutawan di Negeri Sembilan dan Pahang. Sayangnya, kerana termakan hasutan pembangkang, usaha murni kerajaan ini tidak diambil kisah.
  3. Sultan dan Melayu adalah lambang kepada penyuburan Islam di Malaysia. Lihat sahaja negara yang menyingkirkan sultan. Islamnya tidak ke mana, malah ekonominya tidak menentu. Malah, apabila sultan terbuang, pasti ada rakyat yang 'bersultan di mata, beraja di hati'. Kerana itu, Melayu mesti mempertahankan Kesultanan Melayu.


Tentang Mufti Tan Sri Harussani diungkapkan begini :  
Memanglah dari raut wajahnya pun dah tergambar...... cannot be trusted. Dia inilah yang dikata pendusta dalam ugama. Yang peliknya dia ceramah cerita pasal ulama suuk. Habisnya siapa dia yang ulama suuk. Jawapannya semua kamu adalah ulama suuk dan  inilah yang manusia gelarkan Alim-alim kucing. Sana kencing sini kencing habis semua sudah hancing. 

Hujah Dr. Zainal:

  1. Menilai raut wajah manusia adalah penilaian yang paling tidak tepat dan paling tidak adil untuk dilakukan. Jika kita menilai Jayanegara melalui raut wajah yang dipamerkan di dalam blog ini.........apa pendapat anda? Menilai raut wajah adalah dasar 'apartied' yang menetapkan warna kulit sebagai darjat manusia. Jika anda melihat raut wajah anda di cermin, apakah yang anda rasa?
Tentang Raja Melayu beliau menulis : 
Semua kerajaan Islam kena beri laluan kepada Imam Mahdi. Mana-mana negara Islam yang tidak berBaaiat dengan Imam mahdi adalah musuh yang akan diperangi. Semua raja-raja Melayu kena turun dari TAHTA mereka. Semua raja-raja akan berada dan hidup dijalanan. Supaya mereka boleh belajar hidup ni apa sebenarnya. 

Hujah Dr. Zainal:

  1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan. Jika Imam Mahdi benar-benar wujud, maka saya percaya tindakan pertama Imam Mahdi adalah berkerjasama dengan Raja-raja Melayu untuk sama-sama memartabatkan Islam di Malaysia. Ini kerana, saya percaya Imam Mahdi bukan mahu menjadi raja, sebaliknya mahu mengembalikan kegemilangan Islam di dunia.
Secara umumnya, hujah Jayanegara amat lemah untuk membuktikan bahawa beliau adalah Imam Mahdi. Pada saya, Jayanegara hanya seorang yang tercicir dari pendidikan formal dan seterusnya mendapat pendidikan melalui saluran yang salah. Sebenarnya, jika anda terus terpengaruh dengan sebarang bentuk dakyah, anda adalah satu lagi Jayanegara dalam pembikinan. Jangan biarkan mereka mempengaruhi fikiran anda. Caranya mudah...berfikir dan terus berfikir.....ADIOS

No comments: