Search This Blog

Sunday, July 22, 2012

MENANTI PRU2012 - KESAN BAJET 2013


  1. Bajet 2013 adalah merupakan bajet ke 54 Malaysia. Bajet ini telah melangkaui 10 Rancangan Malaysia yang merangkumi DEB dan Wawasan 2020. Maka bajet 2013 akan menjadi langkah kedua Kerajaan BN untuk menentukan kejayaan Wawasan 2020.
  2. Falsafah 1Malaysia, GTP dengan 7 NKRA, ETP dengan 12 NKEA, MBE dengan 8 SRI dan Program Transformasi Politik diwujudkan bukan sekadar untuk menjadi enjin pencapai agenda Wawasan 2020, sebaliknya semua program ini perlu menjadi senjata ampuh kepada BN untuk terus mencapai kemenangan besar dan seterusnya diberi mandat sehingga 2018....dua (2) tahun sebelum Wawasan 2020. Tanpa kemenangan kali ini Wawasan 2020 hanya mampu menjadi mimpi kepada pemimpin dan rakyat Malaysia.
  3. Pada tahun 2012, FDI diunjurkan berada pada tahap RM21.2 billion iaitu melonjak sebanyak 15.9% sementara rezab negara berada pada RM414.5 billion pada november 2011. Pendapatan perkapita pula meningkat kepada RM28,725.00. Ini beerti dalam tahun 2012, pendapatan rakyat bagi 28 juta rakyat Malaysia mencecah RM804 billion. Secara kasarnya cukai pendapatan pada tahun 2012 sahaja akan membawa nilai RM241 billion.
  4. Jika kita mengambil kira cukai-cukai lain yang lazimnya bernilai 80% daripada jumlah cukai pendapatan, maka cukai-cukai lain akan bernilai RM192.8 billion. Secara mudahnya maka pendapatan negara pada tahun 2012 akan berjumlah RM433.8 billion. Semua fakta di para (1) hingga (4) diolah daripada ucapan bajet 2012.
  5. Pada 2012, jumlah perbelanjaan adalah seperti berikut. RM52 billion untuk emolumen, RM30.5 billion untuk perkhidmatan dan bekalan, RM96.5 billion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM1.1 billion untuk aset, dan RM1.5 billion untuk lain-lain perbelanjaan.
  6. Untuk pembangunan pula, RM29.8billion untuk sektor ekonomi, RM 13.6 billion untuk sektor sosial, RM4.4 billion untuk sektor keselamatan, RM1.4 billion untuk pentadbiran am dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka. Perkara (5) dan (6) juga diambil daripada ucapan bajet 2012.
  7. Ini beerti sejumlah peruntukan bernilai RM232.8 billion sahaja yang telah digunakan pada tahun 2012. Ertinya berdasarkan perkiraan kasar terdapat lebihan berjumlah RM201 billion yang akan dibelanjakan pada tahun 2013.
  8. RM201 billion mempunyai maksud yang besar. Secara matematiknya nombor ini boleh ditulis sebegini iaitu RM201,000,000,000.00. Jika ditulis sebegini, maka kita secara mudah akan dapat mengira berapa jumlah yang rakyat Malaysia boleh dapat tanpa sebarang program. Iaitu jika wang tersebut terus kepada rakyat tanpa sebarang program. 
  9. Jumlahnya akan menjadi RM7,178.57 setahun. Atau RM598.21 sebulan. Nilai RM598.21 sebulan akan menjadi relatif berdasarkan pendapatan bulanan sesaorang rakyat Malaysia. Jika gaji di bawah RM3,500.00 sebulan, maka nilai ini dikira besar. Jika pendapatan anda melebihi RM8,500.00 sebulan, maka nilai ini tidak cukup untuk membayar cukai pendapatan bulanan anda.
  10. Untuk mencadangkan penggunaan RM201 billion tersebut dengan lebih berkesan, saya akan meneruskannya dalam artikel berikutnya. Teruskan membaca blog ini. ADIOS

No comments: