Search This Blog

Tuesday, July 24, 2012

MENANTI PRU2012 - KESAN RM201 BILLION


  1. Memang sukar disangkal bahawa bajet 2013 adalah bajet pilihanraya. Bajet akan menjadi senjata terakhir mana-mana kerajaan demokrasi untuk meraih sokongan dan populariti. Bajet adalah kelebihan yang ada pada kerajaan. Adalah paling tidak bijak jika kerajaan tidak menggunakan senjata ini sebagai satu alat untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya.
  2. Namun senjata adakalanya 'makan tuan'. Lantaran itu, BN harus mengkaji dan memahami 'silat dan permainan' lawan mereka. PR sebenarnya telah berada dalam gelanggang pilihanraya mulai 2008. Maka, alang-alang permainan senjata, BN pasti tertikan diri sendiri.
  3. Rakyat akan menantikan arahtuju lebihan perbelanjaan RM201 billion ini. Malah, rakyat akan menunggu dan melihat sekiranya BN mampu mendapatkan lebihan pendapatan RM201 billion ini berdasarkan strategi bajet 2012. Jika BN mampu melakukannya, maka rakyat akan melihat BN sebagai sebuah syarikat yang bijak melabur.
  4. Persoalannya, ke manakah arahtuju pelaburan berdasarkan keuntungan perniagaan yang berjumlah RM201 billion ini akan dibuat? Arahtuju yang salah akan menyebabkan BN kehilangan sokongan dan populariti. Seterusnya, impian BN untuk terus menerajui pembangunan Malaysia akan terkubur.
  5. Untuk menjadi 'champion' di kalangan rakyat, maka kerajaan perlu menjadi 'champion' di kalangan penjawat awam. Maka, bonus sepatutnya diberikan kepada semua penjawat awam yang selama ini bekerja keras untuk mendapatkan 'keuntungan' buat kerajaan. Jumlah kos untuk dua (2) bulan bunus hanya bernilai RM8 billion. Bonus ini perlu diberi dalam dua (2) tempoh berbeza dan perlu bebas daripada cukai pendapatan. Jika ini menjadi realiti, jaminannya adalah 2.5 juta undi akan memihak kepada BN.
  6. RM50 billion perlu diperuntukan untuk subsidi tol lebuhraya. Peruntukan ini akan mengurangkan 30% jumlah bayaran tol. Pengendali lebuhraya perlu dikawalselia dengan berkesan supaya margin keuntungan tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga tol. Maka, kadar ukuran keuntungan pengendali lebuhraya perlu dikaji semula.
  7. RM60 billion perlu diperuntukan untuk subsidi bahan api. Dengan harga bahan api yang tinggi dan kadar tol yang dikira melampau, maka sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatan rakyat secara purata akan digunakan untuk dua (2) keperluan ini. Pengurangan tol dan pengurangan harga bahan api dengan sendirinya akan menarik 80% pengundi untuk kembali kepada BN.
  8. Pada saya adalah langkah bijak sekiranya kerajaan terus menaikkan cukai rokok dan minuman keras walaupun ke tahap 100%. Rokok dan minuman keras adalah musuh utama kesihatan. Namun, kerajaan harus memperuntukan RM30 billion untuk kemudakan kesihatan rakyat Malaysia. Ertinya, dalam bajet pembangunan, perlu ada pertambahan sebanyak RM30 biliion khusus untuk kemudahan kesihatan rakyat.
  9. Di Malaysia sejak 1957 hingga 2012, perkhidmatan pengangkutan awam tidak pernah mencapai standard yang tinggi. Terutama sekali dari sudut menepati masa dan jadual perjalanan. Maka, kerajaan seharusnya kreatif dalam mempertingkat kemudahan awam. Sekurang-kurangnya RM25 billion perlu diperuntukan dan dikawal rapi agar kemajuan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia mencapai standard yang ditetapkan. 
  10. Semua perkara yang dicadangkan ini masih belum mencecah RM201 billion. Maka kita boleh bayangkan betapa banyaknya jumlah RM201 billion ini. Mandapatkan jumlah ini sudah bijak, namun membelanjakannya untuk meraih sokongan dan populariti adalah perkara yang paling bijak. ADIOS...

No comments: