Search This Blog

Tuesday, July 10, 2012

MENANTI PRU2012-POLITIKUS DAN JAYANEGARA

  1. Pada 9 Julai 2012, Blok B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri. Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.
  2. Kebenaran pasti tidak akan diperolehi. Secara tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas. Dia dan pasangannya terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu. Lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
  3. Pasti ada politikus yang mengambil kesempatan ke atas peristiwa ini. Bukan kerana beliau seorang lelaki yang lebih bersifat gelandangan, tetapi kerana dua peristiwa penting rentetan daripada tindakan mengamok lelaki tersebut.
  4. Tindakan pertama adalah niat beliau untuk menggulingkan kerajaan secara paksa. Pembangkang akan mengatakan bahawa lelaki tersebut telah melakukan satu pengorbanan yang besar. Berjihad untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada belenggu kekejaman. Pastinya beliau akan diiktiraf mati syahid oleh politikus-politikus yang bersifat populis dan oportunis.
  5. Kedua, lelaki tersebut mati ditembak oleh polis. Dalam blog beliau nyata sekali lelaki tersebut membenci polis. Beliau menyamakan polis dan tentara setaraf ANJING. Dalam maksud lain, beliau menganggap polis dan tentara adalah anjing buruan kerajaan. Maka, cara beliau mati akan dimanipulasikan sebagai sesuatu yang amat kejam.
  6. Polis pasti akan menjadi tempat yang paling mudah untuk dilepaskan ludahan. Politikus akan cuba meraih populariti dengan tindakan polis ini untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa tindakan polis ini juga terjadi semasa Bersih 3.0 dan dalam mana-mana pesta anjuran mereka. 
  7. Tempat kejadian juga boleh menimbulkan spekulasi dan spekulasi ini akan menjadi kesempatan kepada politikus yang mengejar populariti. Putrajaya, tempat yang gagal dipindahmilik pada 16 September 2008. Malah, Putrajaya akan sentiasa menjadi idaman politikus yang terus mencuba taktik kotor untuk meracuni fikiran rakyat. Mereka amat yakin kerana telah hampir 50% rakyat Malaysia yang telah hilang sifat bijaksana dek kerana terlalu kerap mendengar ceramah mereka.
  8. Kalau kita meneliti beberapa komen di FB, telah ada rakyat Malaysia yang mendakwa bahawa kejadian ini adalah hasil kerja UMNO dan BN. Bukan satu, tapi beratus-ratus komen sedemikian menjelang jam 9 mlm, 10 Julai 2012. Ini menggambarkan, politikus yang membawa bahana tersebut telah berjaya merendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia setaraf pemikiran orang gila. 
  9. Menghairankan, bilangan orang yang rendah akal ini semakin hari semakin meningkat. Ini sebenarnya membuktikan kejayaan politikus populis ini dalam agenda mereka mengubah pola kepercayaan rakyat. Tindakan ini akan menjadi semakin mudah sekiranya ada penjawat awam yang turut menyokong dakyah jahat yang bakal meruntuhkan Malaysia ini.
  10. Percaya politikus sebegini sentiasa mereka dan mencipta alunan muzik indah yang mengkhayalkan. Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia. Yang benar dikatakan fitnah. Tuduhan menjadi kebenaran. Islam ditakrifkan semula. Sifat Allah adalah sifat manusia. Rasul dan Nabi sama seperti mereka. Saya cuma mahu rakyat Malaysia terus berfikir dan fikir. Tiada hari tanpa berfikir. Tanpa berfikir anda akan terus percaya. Dan sebenarnya jika anda terus percaya, anda tidak berfikir. Bila anda tidak berfikir....anda bukan lagi Manusia....ADIOS


No comments: