Search This Blog

Monday, July 9, 2012

MENANTI PRU 2012 - MENILAI DEBAT DAP-MCA


  1. Saya mahu pembaca semua melupakan sebentar mengenai KPPA dan isu PTD Vs Penjawat Awam yang lain. Saya mahu tumpukan kepada satu isu yang saya jangka menarik untuk dikupas. Perdebatan di antara DAP dan MCA yang bertajuk Polisi Mana Yang Lebih Baik. DAP diwakili oleh anak Melaka yang menjadi KM Pulau Pinang, sementara MCA diwakili oleh Y. Bhg. Dato' Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA.
  2. Perkataan lebih baik itu sendiri mempunyai maksud yang pelbagai. Dalam erti kata lain, dasar dan polisi BN sekarang memang sudah baik. Diakui oleh kedua-dua pendebat apabila bersetuju untuk berdebat. Maka, yang lebih penting adalah perkataan LEBIH. Lebih berbanding satu dasar yang telah sedia baik. Untuk siapa? Paling penting dan maha penting. Sekadar lebih baik, namun salah kumpulan sasarnya, maka polisi tersebut boleh membawa kepada kehancuran.
  3. Seperti dalam penulisan saya saya sebelum ini mengenai Debat Anwar-Najib, saya percaya debat sebenarnya tidak menyelesaikan sebarang kekusutan selain menunjukkan kebolehan politikus berdebat dan memutarbelitkan fakta. Setakat mana pendengar di'kencing' bergantung kepada rasa ketanggungjawaban pendebat itu kepada negara.
  4. DCSL nyata kurang keyakinan dalam berdebat. Beliau begitu berhati-hati dalam memutarbelitkan fakta. Ini sifat tanggungjawab semua pemimpin BN. Sifat dan sikap ini telah tertanam sejak tahun 1955 dan akan diwarisi sehingga bila-bila. Fakta yang beliau kemukakan ada bukti yang kukuh bukan bersifat tuduhan melulu. Maka, DCSL gagal mendapat respon positif dari pendengar yang rata-rata adalah Cina.
  5. LGE pula ternyata seorang pendebat yang handal. Sebagai Melayu, saya kagum dengan kefasihan Bahasa Melayu LGE. Pendebat yang handal bermaksud orang yang mampu menukar AUTA menjadi FAKTA. Terbukti melalui sokongan dan tepukan penonton yang berjaya DIAUTAKAN. Di sini LGE  adalah legenda pendebat Cina.
  6. Apabila isu 'MCA ADALAH ISTERI YANG DIDERA' dibangkitkan, DCSL dilihat menjawab dengan berhati-hati dengan menyatakan soalan itu bukan datangnya dari PM. Beliau membuktikan itu soal kecil apabila mengeluarkan fakta tiga indikator utama masih dikuasai oleh masyarakat Cini, pendapatan isi rumah tertinggi, pemilikan asset tertinggi, dan kadar kemiskinan terendah. Maka, dalam erti kata lain beliau menyatakan MCA sebenarnya bukan takut dengan UMNO, sebaliknya menghormati UMNO dan Melayu di Malaysia. 
  7. LGE terus terang menuduh MCA takut UMNO. 27 rakyat Malaysia terutama Melayu (UMNO, PAS, DAP, dan PKR) mendengar tuduhan LGE. LGE seterusnya menambah DAP tak takut UMNO. UMNO adalah Melayu. Melayu sejati adalah UMNO. Dalam budaya masyarakat Cina, takut dan hormat adalah sama. Ertinya, LGE marah apabila orang Cina menghormati orang Melayu. LGE dengan bangganya menyatakan DAP tak menghormati orang Melayu.
  8. Isu utama yang dipusing-pusingkan oleh LGE adalah tuduhan rasuah ke atas pemimpin BN. Tuduhan itu terus menerus digunakan dan berjaya mendapat sokongan penonton. Namun, LGE gagal mengemukakan bukti nyata kecuali lesapnya saham 100 billion di zaman Mahathir-Anwar dahulu. Beliau berani mengemukakan fakta tersebut kerana persepsi rakyat Malaysia yang percaya bahawa KERAJAAN JAHAT sedangkan PEMBANGKANG BAIK. 
  9. Satu perkara yang paling menghairankan saya adalah LGE begitu bangga dengan FDI dan GNI Pulau Pinang yang menjadi johan di Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Pada saya itu memang hebat. Namun kehebatan itu gagal dan tidak sampai kepada Melayu di Pulau Pinang. Apalah ertinya menjadi Johan, jika TUAN TANAH merempat di tanah sendiri. Malah LGE dengan lantang menuduh UMNO sengaja membiarkan Melayu menjadi bodoh supaya orang Melayu sentiasa perlukan UMNO. Sebenarnya, bukan UMNO yang perlukan Melayu, sebaliknya Melayu patriotik yang perlukan UMNO. Malah, seluruh rakyat Malaysia yang patriotik memerlukan UMNO dan BN. 
  10. Antara soalan yang tidak dijawab oleh LGE adalah mengapa tiada India menjadi pemimpin DAP di peringkat negeri? Tidak dijawab kerana terlupa, atau mungkin kerana India dilupakan dalam DAP. Bangsa India patut tahu sebab dan alasan mengapa fenomena ini terjadi. Ringkasnya dasar DAP adalah dasar terbaik untuk kaum Cina, sedangkan dasar MCA adalah dasar yang lebih baik untuk Malaysia (Semua bangsa dan semua agama). Maka saya amat yakin, kaum Cina akan terus memilih DAP. Maka, Melayu, India, dan kaum lain akan menjadi penentu PRU kali ini. ADIOS...

No comments: