Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

PAK IMAM GILAKAN SYURGA - BAH. 1

Ramadan, bulan yang amat dinantikan oleh Pak Imam. Pak Imam akan bertukar watak bila Ramadan. Pak Imam jadi warak...sewarak-waraknya. Pak Imam jadi alim....sealim-alimnya. Pak Imam nak atur macam-macam di surau. Pak Imam nak aturkan majlis berbuka setiap hari. Pak Imam nak paksa penduduk keluarkan belanja untuk menyediakan makan-minum. Pak Imam nak paksa para jemaah ke surau. Kalau ada jemaah yang degil tak mahu ke surau, Pak Imam akan ungkit. Pak Imam akan kutuk. Pak Imam akan cari hadis untuk menunjukkan mereka akan ke negera. Pak Imam akan cari ayat-ayat apa sahaja untuk menyedarkan kariah.

Semakin bulan bergerak ke hujung Syaban, semakin Pak Imam sibuk merancang itu dan ini. Berjalan Pak Imam merancang. Makan pun merancang. Malah, Pak Imam hidup sambil merancang. Merancang untuk mengadakan itu-ini ketika Ramadan. Pak Imam nak adakan berbuka. Pak Imam nak adakan Sunat Taubat tiap-tiap malam. Pak Imam nak adakan Qiamullail setiap malam. Pak Imam nak adakan Tadarus setiap malam. Pak Imam nak adakan macam-macam. Pak Imam mahu semua kariah turut serta. Biar kariah tahu, Pak Imam akan membimbing semua orang ke syurga. Paling tidak pun, Allah tahu usaha Pak Imam untuk mendapatkan syurga buat semua kariah. Biar Allah gandakan pahala Pak Imam setaraf pahala para Sahabat. Pak Imam nak pastikan Pak Imam dapat Syurga dalam ramadan kali ini.

Esok lusa Ramadan akan tiba. Pak Imam tahu pasti lusa. Pak Imam tahu tengok anak bulan hanya politik pemerintah. Mustahil tak pernah nampak anak bulan di Malaysia. Malaysia kan negara Islam. Pada Pak Imam itu hanya helah pemerintah untuk menangguhkan Ramadan. "Celaka punya pemerintah!" Jerit hati Pak Imam. "Kalau aku perintah negara ini, aku bersumpah Ramadan tidak akan pernah menjadi lusa!" Jerit hati Pak Imam lagi.

Pak Imam pejam mata. Susahnya Pak Imam nak lena. Bengang, marah, buntu, dan segala-galanya. Kadang-kadang Pak Imam hairan mengapa Ramadan hanya sebulan. Bukan dua bulan. Bukan tiga bulan. Masa terus berlalu. Pak Imam pun hanyut dibuai mimpi. Dalam mimpi pun Pak Imam merancang aktiviti Ramadan. Tidur Pak Imam langsung tak tenang. Tangannya bergerak-gerak. Malah Pak Imam sibuk marah sana-sini. Pak Imam marah bila perancangannya untuk menyambut Ramadan ditentang oleh anak-anak buahnya. Kaki Pak Imam terangkat-angkat. Pak Imam bersungguh-sungguh...walaupun itu sekadar mimpi.

Bersambung.....

No comments: