Search This Blog

Thursday, November 29, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 12


  1. Minggu ini adalah minggu Perhimpunan UMNO. Parti yang jasanya kalau diukur lebih panjang dari Perlis sampai ke Sabah. Yang menarik adalah janji UMNO untuk terus mengotakan semua janji. UMNO terus mendahului sebagai sebuah jentera untuk membangunkan negara.
  2. Untuk mengubah haluan rakyat, media pembangkang mula membahaskan tajuk-tajuk panas. Harakah mengemukakan satu pendedahan kepincangan UMNO. "Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu." (http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14925-tuduhan-deepak-projek-mega-cah-keting-dalam-umno).
  3. Ada juga beberapa pendedahan lain seperti video isu Scorpane, AES untuk menggesa siasaan ke atas ATES. Malah yang paling menarik adalah isu pemerhati antarabangsa untuk PRU13.
  4. PKR pula menggesa seluruh anggota partinya berkerja keras untuk memastikan UMNO berkubur selepas PRU13. PKR mengulas dan memperlekehkan ucapan Presiden UMNO. "“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno." (http://www.keadilandaily.com/pastikan-ini-perhimpunan-umno-terakhir-saifuddin/)
  5. Peliknya tidak ada kritikan daripada DAP. LGE lebih tertarik untuk terus mentadbir Pulau Pinang. LGE terus mahu ingin mengukuhkan kuasanya di pulau yang hebat itu. LGE sedar, PAS dan PKR akan menentang UMNO habis-habisan. Jadi DAP boleh berehat ketika ini.
  6. Pendedahan oleh orang nombor 2 PAS itu pasti akan dipercayai sepenuhnya oleh para pengikut PAS. Bukan setakat cah keting UMNO, jika MS dedahkan Najib meliwat dirinya juga pasti semua pengikut PAS akan percaya.
  7. Untuk membuat pengikut PAS percaya amat mudah. Cipta satu isu, sama ada benar atau tidak tidak penting. Isu palsu adalah isu terbaik. Selalunya si pencipta isu adalah pemimpin paling tak warak dalam PAS. Bangkitkan isu, buat ceramah, pungut derma, dan canangkan.
  8. Andai ada isu berbangkit, mohon fatwa Nik Ajis. Nik Ajis akan sentiasa mengeluarkan fatwa untuk membela pemimpin PAS, PKR, dan DAP. Pada orang tua ini, menentang Melayu yang menolak PAS adalah jihad. Maka, segala fatwa akan digariskan berdasarkan hukum ini.
  9. PKR hari ini tidak banyak bersuara. Banyak isu moral pemimpin mereka yang gagal dijawab. Video tuan penasihat, video timbalan, isu samarata agama naib presiden, dan salahguna kuasa MB Selangor menyebabkan PKR hanya ada satu dua tukang pukul sahaja. Itupun semuanya calon simpanan. Maka, gendang yang dipalu menjadi satu isu yang memualkan.
  10. UMNO dan PAS adalah parti dominasi Melayu. Di Malaysia, Melayu mesti Islam. UMNO kelihatan bila-bila masa sahaja boleh bersatu. Namun PAS, mempergunakan segalanya termasuk agama untuk membunuh UMNO. Pilihanraya makin hampir, teruskan mencari pemimpin yang benar. ADIOSS....

No comments: