Search This Blog

Tuesday, November 20, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 11


  1. Malam tadi dalam pukul 10 malam, saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat lama di sebuah kedai kopi di pinggir Bandar Seremban. Sahabat ini telah menyertai PAS semenjak tahun 80an. Namun, atas kehendak Allah, beliau telah menyertai UMNO pada tahun 2000. Apabila UMNO dan BN gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU12, beliau mengambil keputusan untuk aktif dalam UMNO.
  2. Bila diajukan isu doa untuk memusnahkan UMNO, beliau telah mengemukakan jawapan yang amat tepat. Secara mudah beliau menjawab, "Usah takutkan doa PAS, doa tersebut hanya satu permainan politik, sama dengan isu hudud yang hanya dilagukan jauh sekali untuk dilaksanakan."
  3. Menurut beliau, ketika beliau menjadi ahli PAS yang aktif, beliau akan ke mana sahaja untuk mendengar ceramah PAS. Malah PAS adalah parti yang diwarisi daripada ayah dan datuk beliau. Sekarang ayah dan datuk beliau telah kembali ke Rahmatullah.
  4. Dalam setiap ceramah PAS, pasti ada perjuangan untuk menegakkan hudud di Malaysia. Semenjak tahun 1955 lagi. malah isu hudud akan akan menjadi panas, sekiranya UMNO dan BN semakin kukuh. Jika hudud terus dilagukan, maksudnya, UMNO dan BN semakin kuat. Itu menurut kata sahabat tersebut.
  5. Adalah menghairankan, selama 57 tahun, hudud gagal dilaksanakan biarkan di negeri yang diperintah oleh PAS. Sahabat itu mendakwa, DAP berani mencabar PAS mengenai hudud kerana DAP sendiri tahu, PAS sebenarnya tidak mahu melaksanakan hudud. PAS hanya mahu menggunakan hudud untuk menarik sokongan rakyat.
  6. Sahabat itu juga mendakwa, dalam semua ceramah PAS yang beliau hadiri, majlis tersebut akan bermula atau diakhiri dengan doa. Dalam setiap doa yang dibaca oleh penceramah PAS, pasti ada bahagian doa yang memohon untuk menghancurkan UMNO. Malah, beliau percaya amalan tersebut bermula semenjak 1957.
  7. Sahabat tersebut meminta saya berfikir sejenak. Mengapa doa yang dipohon kepada Allah semala 55 tahun masih tidak dimakbulkan Allah? Mengapa semakin ramai yang mengaminkan doa tersebut, semakin jauh doa tersebut dengan kemakbulan Allah? Semakin alim tuan pembaca doa, semakin doa janggal didengar? Semakin dekat PAS dengan kumpulan DAP dan PKR semakin keras perkataan yang dipilih?
  8. Saya sendiri tidak tahu jawapannya. Lantas beliau menambah, "Sesiapa yang pernah berfikir dan mencari jawapan tersebut, sesungguhnya pasti akan bertemu kebenaran." Muka beliau ketika begitu serius.
  9. "Dan sesiapa yang mendapat jawapan sebenar pasti akan meninggalkan PAS, sama ada menyertai UMNO atau terus membenci politik." Beliau menambah dan terus membayar harga minuman saya. Beliau berlalu tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih. ADIOSSSS

No comments: