Search This Blog

Thursday, November 29, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 13


  1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme. Presiden UMNO berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan
  2. Beliau menegaskan seperti berikut, “Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.Beliau seterusnya menambah, “Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasa-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden bertemakan ‘Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional’ sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini.
  3. Berucap di hadapan 2,759 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib turut menolak keras dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular. Menyifatkan tuduhan itu ‘amatlah tersasar’, Najib berkata selama ini UMNOlah yang membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup yang syumul di negara ini di sebalik kepelbagaian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etik, budaya dan agama.
  4. Najib berkata banyak telah dilakukan oleh UMNO dalam memastikan kelangsungan Islam di negara ini yang menyaksikan syiar Islam bukan terbatas di bidang ibadah sahaja bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayah. Katanya penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji membolehkan umat Islam menabung dan mengerjakan ibadah haji secara sistematik, khidmat perbankan dan kewangan Islam diperluas, malah Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh turut menyumbang kepada kesejahteraan di seluruh dunia menerusi pasukan pengaman, pemerhati dan perubatan yang dihantar ke negara Islam berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afganistan.
  5. Malaysia juga, katanya komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin, malah mungkin menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak. “Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa,” katanya.
  6. Sinis menempelak sikap pembangkang yang mendoakan kecelakaan UMNO, Najib berkata UMNO tidak rela untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti yang dilakukan parti lawan. “Jadi kita ingin berpesan cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru (Datuk Seri Hadi Awang)…UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud,” katanya.
  7. Kesan amanat pada 1981 itu menurut Najib bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi menanam benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam  “Natijahnya muncullah tragedi Memali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO,” katanya.
  8. Bagaimanapun, kata Najib, di sebalik tohmahan dan propaganda jahat pembangkang yang diasak kepada UMNO, perjuangan parti itu dalam memartabatkan Islam di Malaysia dan seantero dunia tetap menyinar dan dipersadakan. Malah terbaru, Malaysia diletakkan di tempat kelima teratas dalam pematuhan Indeks Syariah Malaysia yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa, kata Najib.
  9. Perkara (1) hingga (8) dipetik daripada http://www.umno-online.my. Namun semua itu hanya sekadar kata-kata. Kita perlu mencari bukti untuk melihat kebenaran kata-kata tersebut.
  10. Jika anda gagal mencari bukti, saya akan mengemukakan semua buktinya dalam siri akan datang. Niat saya cuma satu, sebelum anda bereksperimen, anda perlu ada maklumat yang cukup. ADIOSSS...

6 comments:

Anonymous said...

Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?

Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.

Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.

“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.

Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…

“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.

Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.

Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……



Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.

“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]

Dan seperti dijangka antara isu yang akan dibangkitkan adalah persoalan Melayu, kekuatan bangsa Melayu, kuasa politik Melayu hilang dan akan juga diselitkan dengan “kerisauan mereka terdapat keadaan Islam yang ada pada hari hari ini”.

UMNO : “Isu Melayu, Islam”

Kami juga suka untuk “petik” sekali lagi ingin memetik kenyataan & mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat di bawah ini :

“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.

Anonymous said...

Owh…..nak cakap pasal kuasa politik melayu di Parlimen amat marginal? OK….Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..
Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat

P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)

Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional

P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)

SIAPA yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Mengapa Shahrizat? Mengapa? Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Siapa yang khianat kuasa politik Melayu? Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?

Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah.

Berpolitiklah dengan cara di zaman 2012 bukan di zaman 90an. Jika tidak anda akan ketinggalan…

Anonymous said...

retorik umno.. tak habis-habis nak menipu umat melayu.. Bila dah menang mereka juga yang kikis harta negara dan hapuskan kuasa melayu.. Sama macam PTD, tak abis-abis nak menipu PA.. jawatan utama semua diorang sapu.. puak dia cepat saja langkah naik gred.. skim lain sampai pencen takat gred 44/48.. tak munasabah langsung. memang wajar la PA zaman skrg ni bersatu lawan PTD.. asyik nak menipu je kerja dorang.. tak heran laa rakyat sekarang tolak umno manakala penjawat awam tolak PTD..

Anonymous said...

Alah kalau yang ada phd pun depa kata bodoh, yang takde tu cam manalah plak. Pada pembangkang, yang suruh murtad tu je yang pandai. Apa lagi, pi lah murtad.

Anonymous said...

JOM MURTAD BERSAMA NIK AJIS SELEPAS TIBAI PUNGKUQ BERSAMA ANUAR DAN MAKAN BABI BERSAMA LGE

Anonymous said...

Beliau menegaskan seperti berikut, “Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan

boleh dr terangkan dari segi mana yg Najib kata nak mempertinggikan kan agama islam tuh sedangkan dia sendiri tidak mempercayai hukum2 islam,kilang arak Calrsberg yg tersergam megah kt KL tuh,ada dia ambil tindakan?ini yg dia kata nak mempertinggikan agama islam?dia juga sanggup menyatakan bahawa didalam al-quran itu tiada perintah untuk menjalankan hukum islam dan menyatakan bahawa hukum hudud itu ialah hukum tok guru,hukum para pembangkang dan sebagainya,oleh itu dari mana dia hendak meninggikan agama islam sedangkan benda seperti ini pon senang2 dia memperlekehkan.mohon Dr member penjelasan :)