Search This Blog

Friday, November 16, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 8


  1. Agak lama saya tidak menyentuh politik soal politik domestik. Situasi hari ini nampak begitu menarik. Ada berlambak isu politik untuk dikupas. Isu kesamarataan hak beragama, Muktamar PAS, pemilihan UMNO yang bakal mendatang, dan isu kempen senyap untuk monopoli ekonomi dan kuasa politik DAP. Semuanya mula menggerak saya untuk menyambung semula siri ini.
  2. Kalau kita melihat isu hak sama rata agama yang dihebohkan, maka manusia yang bersetuju pasti sekali bukan Islam. Islam mempunyai terminologi yang dikenali sebagai murtad. Murtad hukumnya adalah bunuh. Maka, umat Islam yang setuju dengan hak sama rata agama ini, hukumnya dihalalkan darahnya.
  3. Dalam mengejar populariti terutama sekali dalam konteks negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia, isu agama menjadi isu yang taboo untuk dibincangkan. Sebagai umat Islam, kita semua maklum, Islam sebagai agama paling benar. Islam sebenarnya hanya mengiktiraf Islam sebagai agama atau Ad-Din. Membenarkan umat Islam memilih agama lain adalah satu kesilapan yang maha besar.
  4. Dalam politik yang ekstrem, adakalanya politik itu lebih tinggi keutamaannya daripada agama. Lantaran itu ada sesetengah politikus yang agama sebenarnya adalah parti yang dianutinya bukannya Islam, Kristian, Hindu, Buddha atau sebagainya. Sebaliknya politik adalah agamanya. 
  5. Maka, adalah tidak hairan jika ada pemimpin politik yang membenarkan apa sahaja demi kemenangan parti mereka. Dalam Islam, parti yang bersifat begini adalah parti yang bakal membawa kemusnahan kepada umat manusia. Mereka akan menyokong apa sahaja seperti LGBT, kesamarataan hak memilih agama, kesamaan gender yang ekstrean, perkongsian yang tidak adil, dan segalanya yang sebenarnya kedengaran mengarut dan celaka.
  6. Itu sebenarnya belum menghairankan. Yang lebih pelik adalah parti yang berteraskan agama mula menyokong parti yang berteraskan kekufuran. Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Agama boleh dijualbeli. Agama boleh diputarbelit. Agama akan menjadi alat paling berkesan untuk membodohkan manusia.
  7. Orang yang pandai ilmu agama ada masanya adalah manusia yang paling durjana. Golongan ini akan mencari segala macam nas untuk menyokong pendapat mereka. Sebabnya mudah, pengikut yang dahagakan ilmu agama secara keterlaluan adalah manusia yang paling jahil ilmu agamanya. Jika tidak bagaimana seorang yang jahil boleh diangkat di pentas ilmu kepartian.
  8. Hari ini rakyat mula keliru tantang hakikat dan makrifat. Tentang hak dan batil. Semakin rakyat keliru, semakin parti yang bersifat mungkar ini gembira. Keuntungan semakin boleh dikira. Semakin meningkat sokongan kepada mereka, semakin rakyat kita menjadi mangsa.
  9. Gabungan politik sebenarnya menuntut kepada parti yang dominan. Untuk menjadi dominan, semuanya mesti dikongsi sama rata. Semuanya itu termasuk kuasa, ekonomi, budaya, dan bahasa. Agama tidak boleh dikongsi sama sekali. Mempersoalkan hukum agama orang lain adalah tidak dapat diterima dan tidak boleh diterima sama sekali.
  10. Jika anda sayangkan bangsa anda anda boleh berjuang di atas dunia. Jika anda sayangkan negara anda, perjuangan anda adalah gabungan dunia dan akhirat. Jika anda sayangkan agama anda, perjuangan anda adalah akhirat semata-mata. Anda berada di mana? Jangan gadaikan agama, bangsa, dan negara untuk sesuatu yang bakal membawa kehancuran. ADIOSSS

9 comments:

Anonymous said...

jangan biarkan PTD terus melakukan maksiat. Apa tindakan terhadap Ketua Pengarah tersebut??? Kalau orang bawahan atau daripada skim lain pasti sudah dikenakan tindakan tatatertib atau digantung tugas.. Tapi Ketua Pengarah tersebut???? Dasar hipokrit PTD....

Anonymous said...

Bila bercerita bab beromen dengan bini orang ni selalunya memang mendapat perhatian. Kisah laki keluar pintu depan, bini keluar pintu belakang. Atau laki tak balik, jantan lain yang balik. Atau bini buat kerja outstation, jantan lain jadi peneman. lebih hebat lagi beromen dekat hotel di pusat pentadbiran kerajaan.

Apa hebatnya bini orang ni..

Mungkinkah kerana dia pandai pujuk rayu atau;

1. Tak puas dengan laki sendiri kerana lemah tenaga batin,

2. Tak puas dengan laki sendiri kerana laki kurang masa berada di rumah,

3. Tak puas dengan laki sendiri kerana beromen dengan teknik yang sama je,

4. Jantan lain boleh bagi duit, berpangkat dan ketua di sesebuah jabatan????

Tetapi yang paling hebat tu bila bini orang itu mengaku dalam proses bercerai dan jantan jalang tadi sanggup berkahwin dengannya..

Kalau berzina dengan perempuan bujang (gadis/janda) hukumnya 100 rotan. Lepas tu nak menikah ke tidak terpulang kerana azab dunia dah lepas (itupun kalau mengaku dosa dan sedia menerima hukuman dan bertaubat). Azab akhirat pula menunggu kalau masih tidak bertaubat lagi.

TETAPI.....

mengikut hukum kalau berzina dengan isteri orang maka kedua-duanya dihukum rejam. Kalau tidak dihukum, pelbagai persoalan akan timbul.

1. Apakah tarafnya pernikahan mereka.

2. Apakah taraf anak-anak mereka yang akan lahir.

3. Apakah taraf mereka sebagai pemimpin yang dikatakan hebat serba-serbi??????????????????

Anonymous said...

Pemimpin seperti ini tarafnya lebih rendah daripada binatang.. kesian para doktor yang mempunyai ketua (bukan doktor)bertaraf hina daripada binatang...

drzainal said...

Kepada yang mengemukakan komen, untuk makluman anda Ketua Pengarah bukan semuanya PTD. Dari 1941 - 2012, Ketua Pengerah Kesihatan adalah Pegawai Perubatan. Beliau juga merupakan Ketua Perkhidmatan untuk Perkhidmatan Kesihatan dan Pergigian Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Negeri, Pengarah Kesihatan Mental, Timbalan Ketua Pengarah, dan Jawatan Akhir adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Saya bagi pihak anda memohon maaf kepada semua PTD di seluruh dunia atas fitnah anda yang bersifat sembrono ini. Nasib baik juga anda tidak menggunakan nama sebenar, jika tidak nampak sangat individu dalam perkhidmatan anda begitu terhad ilmu tentang negara sendiri. Terima kasih.

Anonymous said...

tak kisahlah sama ada dia PTD atau bukan PTD, tindakan tatatertib perlu diambil terhadap beliau.

Anonymous said...

Setuju. Sekalipun kepada Bapak Jaws

Anonymous said...

kalau di malaysia bapak jaws selalu lepas.. yang selalu kena ambil tindakan anak-anak jaws sahaja..

Anonymous said...

Kalau PA semua anak jaws. Mesti kena punyalah. Padan muka. Sape suruh khalwat. Kami kat sini suka gila, barua tu kena tatatertib.

Anonymous said...

Terima kasih KSN kerana meletakkan PTD mendahului skim PA yang lain. Melalui kaedah yang KSN sarankan, PTD kembali kepada kenaikan pangkat yang pantas. Untuk itu, tahniah buat semua batch 1/2006 atas pelantikan ke gred M 48 baru-baru ini. Sehubunagn itu, kami amat berharap agar kenaikan pangkat PTD ke gred M 48 dipendekkan semula kepada tempoh 4 tahun dan ke gred 54 kepada tempoh maksimum 8 tahun sahaja demi kepentingan perkhidmatan awam yang semuanya dahagakan kepimpinan PTD seperti KSN, KPPA, Pengerusi SPA, SPP, dan semua KSU. ALHAMDULILLAH, SEMENJAK SBPA dibatalkan dan KSN baru ambil alih kepimpinan penjawat awam, kenaikan pangkat PTD kembali cepat seperti biasa. Tetapi kami menutut agar kenaikan pangkat PTD lebih cepat agar Malaysia dapat mencapai status negara maju dengan lebih cepat.