Search This Blog

Tuesday, November 13, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN: FAKTOR PENDESAK


  1. Ada ketikanya, ada faktor pendesak yang diperlukan untuk membuat keputusan. Keputusan begini selalunya bersifat ekstream dan kritikal. Sebagai contoh keputusan untuk BERHENTI KERJA. Keputusan ini memerlukan faktor pendesak yang kritikal. Kita tidak boleh berhenti kerja tanpa sebab yang kritikal. Untuk melihat sebab paling kritikal sila lawati http://abil4fauziah.blogspot.com. Anda pasti tersentuh bila membaca blog ini. 
  2. Faktor kedua adalah bilakah faktor menjadi pendesak? Faktor boleh menjadi faktor pendesak di peringkat awal, pertengahan, atau penghujung. Elemen utama adalah kesan daripada keputusan dibuat. Jika kesannya hanya sedikit, faktor pendesak boleh datang di mana-mana sahaja. Jika kesannya mampu mempengaruhi seluruhan kehidupan anda, faktor pendesak perlu ada di awal proses membuat keputusan.
  3. Kalau kita melihat kehidupan kita sendiri, kita telah menggunakan ratusan kali faktor pendesak untuk membuat keputusan. Kita sebenarnya terdesak untuk maju, maka kita tingkatkan usaha usaha untuk belajar. Persaingan yang kuat pula menyebabkan ada di antara kita yang terus belajar walaupun telah mempunyai kedudukan yang baik dalam organisasi.
  4. Kepatuhan kepada faktor pendesak ini menyebabkan norma kehidupan jadi berbeza, Kita akan mengubah faktor pendesak menjadi cabaran kehidupan. Sehinggakan kita tidak merasakan berlaku sebarang desakan. Kita mampu menukar getaran desakan menjadi darjah mudah penyelesaian masalah.
  5. Apa sahaja desakan, jika gagal ditangani akan menjadi halangan yang paling sukar untuk dirobohkan dalam membuat keputusan yang tepat. Desakan selalunya bersifat 'segera' tanpa mengambilkira darjah kepentingannya. Ada dua faktor segera iaitu segera dan penting; atau segera tetapi tidak penting. Namun, apabila sesuatu perlu disegerakan, perkara itu secara automatik menjadi penting.
  6. Menangani desakan memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran. Bijak untuk menjadi 'option' penyelesaian segera yang bersifat efektif dan efesien. Sabar pula diperlukan untuk menahan desakan yang boleh membawa kepada kesilapan.
  7. Dalam organisasi, faktor pendesak adalah faktor luaran. Secara umumnya, faktor pendesak bersifat 'oportunis' dan 'ancaman'. Dari sudut pengurusan strategik, faktor pendesak boleh digunakan untuk membawa organisasi ke hadapan. Membina kredibiliti organisasi dan menjenamakan semula produk organisasi.
  8. Jika kita melihat, banyak inovasi sektor awam terhasil daripada faktor pendesak. Kepantasan memproses passport, permohonan semula kad pengenalan yang hilang, pusat bayaran setempat, dan apa sahaja, sebenarnya bermula dengan desakan perkhidmatan yang berkualiti daripada pengguna. 
  9. Desakan akan terus berlaku. Desakan juga akan terus diuruskan dengan cemerlang. Yang mendesak sebenarnya mahukan perubahan. Yang menguruskan akan memberi perkhidmatan selaras dengan permintaan perubahan tersebut. Kedua-dua elemen ini akan bergerak selari. Jika, berlaku konflik, kerugian sebenar akan berlaku.
  10. Sebenarnya desakan berlaku kerana entiti organisasi berada dalam 'zon selesa'. Keadaan ini menyebabkan organisasi akan kekal dalam satu kedudukan buat satu jangka masa yang panjang. Mengekalkan satu kedudukan yang baik dalam masa yang panjang adalah satu kesilapan. Mengekalkan satu kedudukan yang tidak baik dalam jangka masa yang panjang adalah satu kebodohan. Justeru, organisasi sebenarnya amat memerlukan faktor pendesak. ADIOSS

No comments: