Search This Blog

Saturday, December 1, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 15

APAKAH INI BUKAN RASUAH SALAH GUNA KUASA???

PINDAH MILIK TANAH ORANG ASLI GUA MUSANG....

"Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) 
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim) 
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000"

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2012/12/nik-aziz-dan-isteri-sebat-tanah-orang.html

1 comment:

Anonymous said...

Tanah tu semua depa nak bawa masuk syurga. Bolehlah suruh penyokong depa yang bongok tu usahakan kat akhirat nanti.