Search This Blog

Friday, December 7, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 16


  1. Banyak pembaca yang mengutuk saya melalui ruangan komen. Saya pasti mereka adalah penyokong pembangkang. Malah ada di antara mereka yang mengenali saya secara lebih dekat. Namun, saya terpaksa memadam komen tersebut kerana saya tidak mahu Zainal yang menjadi penjawat awam sama dengan Zainal yang menjadi blogger.
  2. Antara gesaan yang paling banyak adalah supaya saya berhenti menulis mengenai politik. Dalam erti kata lain, saya digesa bersifat neutral atas alasan saya penjawat awam. Saya sedar, penulisan saya semakin mematangkan pembaca mengenai pilihan politik mereka.
  3. Semakin anda membaca blog ini, anda akan semakin takut untuk bereksperimen dalam PRU. Anda akan merasa, selama ini anda telahpun menerima segala-galanya. Anda akan sedar, bahawa kesilapan memilih pemimpin akan menyebabkan generasi akan datang menanggung duka.
  4. Saya mahu anda melihat Indonesia. Penggulingan regim Suharto menyebabkan presiden bersilih ganti. Apa yang sebenarnya rakyat Indonesia dapat, khususnya golongan Peribumi dan masyarakat Islam? Jawapannya, semakin parah. Yang didapati adalah pertambahan bayaran pencen kepada keluarga presiden. Perkongsian kuasa kepada golongan bukan peribumi. Yang paling serius, adalah pengurangan bilangan penduduk Muslim di sana.
  5. Saya ambil contoh Kepulauan Mentawai di Sumatera. Di zaman Suharto, 100% penduduknya adalah Muslim. Namun kini, bilangan penduduk Muslim hanyalah sekitar 15%. Itupun penuh dengan kepayahan dan penindasan. Jika anda tidak percaya, anda boleh hubungi Gerakan Muslim Minangkabau untuk fakta yang benar. Ini bukan blog politik yang hanya menulis untuk meracuni fikiran anda. 
  6. Contoh kedua adalah Thailand. Negara Asia Tenggara yang paling kerap mengadakan PRU dan menukar PM. Hasilnya, harga minyaknya hampir setinggi harga minyak di Singapura, kadar inflasinya meningkat tinggi, dan pertumbuhan ekonominya berada di bawah paras 1%. Anda pergi ke Thailand, anda akan terkejut melihat harga kereta di sana. Sedang di sini ada yang berangan nak jadi PM hanya untuk mengurangkan cukai kereta mewah. Sekarang cuti panjang, anda boleh melawat Thailand. Saya percaya, rakyat Malaysia sentiasa mempunyai wang untuk melancong sekalipun orang Melayu.
  7. Kalau anda ke Vietnam, anda akan lihat bagaimana penduduk asal membenci dan memusuhi penduduk Cina Vietnam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mengurangkan pengaruh Cina dalam ekonomi. Politik diharamkan terus. Di negara kita, kita masih boleh duduk semeja dengan rakan kita yang berbangsa Cina.
  8. Sebenarnya apa lagi yang kita mahu. Kalau kita menyusur dan mendengar rakan-rakan kita di negeri yang berlainan pemerintah menangis kerana kesukaran melaksanakan projek untuk rakyat. Semua projek kerajaan pusat dipangkah oleh kerajaan negeri. Semua usaha kerajaan pusat, diputarbelitkan oleh kerajaan negeri. Malah, jika penjawat awam dibuang oleh kerajaan negeri, maka kerajaan pusat juga akan disalahkan. Bukan jauh mana, anda boleh ke negeri-negeri tersebut. Sekalipun betul, saya tetap tahu, anda tidak akan percaya.
  9. Semua penulisan politik dalam blog ini bukan mendesak anda mengundi BN. Saya juga tidak mahu anda membenci BN. Saya cuma mahu anda berfikir tanpa terus berkata tidak. Selagi anda terus berkata tidak, anda sebenarnya tidak pernah berfikir.
  10. Saya masih neutral. Saya tidak pernah berbicara tentang politik dalam waktu pejabat. Saya tidak pernah mengutuk ahli politik yang saya benci dalam waktu pejabat. Namun semasa memilih pemimpin, saya akan melihat kualiti pempimpin itu melalui sudut pandang saya sendiri. Saya sesekali tidak akan melihat parti beliau. Kerana parti yang baik tanpa pemimpin yang baik akan hilang maknanya. Persoalan, apakah rupabentuk pemimpin yang baik? ADIOSSSS

No comments: