Search This Blog

Saturday, December 8, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 17


  1. Lepas satu-satu rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) merangkap pengasas BERSIH 4.0 celup tutup kerana bankrap!!!! Cawangan terbaru ialah di Bandar Puteri, Puchong, Selangor. Nampak gayanya satu demi satu Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini akan bungkus.(http://omakkau.blogspot.com/2012/10/lagi-kisah-restoran-sekinchan-ikan.html)
  2. Petikan di atas menggambarkan bagaimana penyokong pembangkang dengan rela hati memboikot perniagaan milik Bumiputera yang amat berpotensi maju. Kejadian tersebut terjadi di Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR. 
  3. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati . KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama. Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai. Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.
  4. Ini pula adalah rayuan rangkaian restoran tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia juga disiarkan dalam blog yang sama. Ternyata bloger PR ini begitu bangga apabila orang yang dianaiya membuat rayuan.
  5. Baru kau tahu kuasa rakyat. lain kali kalau nak berniaga jangan menipu, kalau kau umno totok sekalipun, janganlah tunjuk engkau tu pencacai umno, pelanggan kau bukan semua orang umno, dia boikot baru kau tahu. pergilah minta ahli-ahli umno dgn pemimpin yang kau bodek tu makan kat kedai kau, Allah bayar tunai kpd keangkuhan dan kekebebalan engkau, wahai jamal tongkol.
  6. Perkara 5 pula adalah komen penyokong pembangkang yang turut disiarkan dalam blog yang sama. Nampak keangkuhan dan kesombongan kononnya Allah bersama PR. 
  7. Di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, anak Kelantan yang rata-rata membawa wang rakyat BN untuk pembangunan PAS Kelantan, terus tumbuh bagai cendawan. Orang BN tak pernah dan tidak akan memboikot perniagaan sesama Melayu. Malah, UMNO akan terus menyokong perniagaan Melayu, sekalipun berbeza pendapat dan parti. Lihat sahaja restoren YB Teluk Kemang di Port Dickson. Semakin hari, semakin besar.
  8. Amat menghairankan, di saat semua Muslimin dan Muslimat memboikot jenama Yahudi, orang Islam Malaysia yang berimamkan DSAI, Tuan Guru, dan LGE memboikot produk sesama Islam. Akidah mereka sebenarnya perlu dibetulkan. 
  9. Amat mendukacitakan, di kala, Islam di Malaysia lebih mengutamakan 'Halal', Islam yang berimamkan DSAI, Tuan Guru, dan LGE ini lebih afdal memilih kopitiam YB yang tiada tanda halal daripada restoran orang Islam yang sahih halalnya.
  10. Saya tertarik dengan Allah bayar tunai. Saya amat tidak sabar menunggu waktu itu. Percayalah waktu itu akan datang selepas PRU13. Jika saya dikutuk kerana berpolitik, maka mereka lebih jahil kerana mempolitikkan perniagaan sesama Muslim. ADIOSSSS

No comments: