Search This Blog

Sunday, December 16, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 21


  1. Saya telah lebih seminggu berada di Vietnam. Telah hampir seminggu saya tidak membaca surat khabar atau melawati blog-blog politik. Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada bloger kerajaan mahupun bloger pembangkang.
  2. Yang paling menarik apabila berada di luar negara adalah semua rakyat Malaysia akan bersatu. Terutama sekali dalam penggunaan bahasa.
  3. Orang Cina akan menegur anda dengan menggunakan Bahasa Melayu. India dan bangsa-bangsa lain juga menggunakan Bahasa Melayu. Tidak ada warga negara Malaysia yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sesama warganegara.
  4. Malam sewaktu menonton separuh akhir AFF Suzuki di antara Malaysia dan Thailand di Sheraton Hotel, hampir 500 warganegara Malaysia berkumpul di sana. Majoriti adalah Melayu dan Cina.
  5. Apabila pengadil Korea memberi kad merah kepada Fadzli Saas, semua orang Malaysia memekik. Bodoh punya korea. Pengadil rasuah. Thai mesti kasi perempuan dan sebagainya. Semuanya dalam Bahasa Melayu.
  6. Kami terus menonton sehingga perlawanan selesai. Pada rakyat Malaysia di Vietnam pasulan Malaysia tetap menang di hati setiap daripada kami. Kalah bermaruah adalah kemenangan kepada rakyat Malaysia.
  7. Setelah perlawanan selesai, ada seorang taukeh rakyat Malaysia berbangsa Cina yang membayar semua harga minuman. Ada beberapa orang Vietnam yang turut mengaku Malaysia kerana mereka fasih berbahasa Melayu. Bila diselidiki, mereka pernah bekerja di Nilai, Negeri Sembilan selama lebih 2 tahun.
  8. Peliknya, di negara kita, amat jarang atau sangat sukar menenui bangsa lain menggunakan Bahasa Kebangsaan semasa berkomunikasi. Mereka seperti malu menjadi warganegara. Tetapi, apabila berada di luar negara, semua orang bangga menjadi rakyat Malaysia.
  9. Pada saya usaha membentuk sifat bangga menjadi rakyat Malaysia adalah usaha kerajaan yang ikhlas. Namun kerajaan mesti terus membina jatidiri bangsa. Agar perasaan bangga menjadi warganegara ini perlu beraja 24 jam di hati rakyat Malaysia.
  10. Saya juga sedar, sebagai PTD artikel saya pasti tidak bebas daripada komen-komen yang bersifat pendengki. Namun, saya juga tahu, hanya seorang sahaja yang amat membenci PTD dalam semua pembaca blog saya. Saya hargai komen beliau. Malah saya yakin, jika beliau memiliki blognya yang tersendiri, pasti ramai yang membaca tulisan beliau. Sayangnya, beliau hanya pandai memberi komen, langsung tidak pandai mengemukakan idea. ADIOSSSSS

No comments: