Search This Blog

Monday, December 17, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 22


  1. Hari terakhir saya di Vietnam saya berkesempatan berkenalan dengan seorang rakan yang tinggal di Pulau Pinang. Nama beliau Chan. Bekerja sebagai pemandu teksi. Lokasi kediaman di Jelutung, Pulau Pinang.
  2. Chan sangat fasih berbahasa Melayu. Saya pula tidak bertanya sama ada Chan sudah berkahwin atau masih bujang. Memandangkan beliau bercuti secara solo, saya andaikan Chan masih bujang. Dari raut wajah dan cara berpakaian, saya yakin usia Chan masih di awal 40an.
  3. Chan dengan bangga menceritakan kepada saya tentang perubahan yang dibawa oleh DAP di Pulau Pinang. Jelutung tidak lago kotor dan bersepah seperti pada zaman diperintah oleh BN.
  4. Semua tempat peranginan bersih dan maju. DAP tidak mengamalkan protokol dalam memerintah Pulau Pinang. Itu mengikut cerita Chan.
  5. Chan sentiasa membandingkan kelebihan DAP berbanding Gerakan. Pada Chan DAP penuh kesempurnaan dan Gerakan penuh kecacatan. Chan berkali-kali menggesa saya ke Pulau Pinang untuk melihat kehebatan pentadbiran DAP.
  6. Lalu saya bertanyakan mengenai harga rumah yang begitu tinggi di Pulau Pinang sehinggakan orang Melayu tidak mampu memiliki hartanah di Pulau Pinang. Chan memberi alasan, sebenarnya orang Melayu yang memilih hartanah. Ada hartanah di bawah RM100 ribu, namun orang Melayu tidak mahu memiliki hartanah tersebut. Saya sebenarnya kurang yakin dengan jawapan tersebut. Ada penduduk Pulau Pinang yang menghantar email kepada saya mengadu mengenai harga rumah yang mahal di sana.
  7. Kemudian saya bertanya pula mengenai masalah Kampung Buah Pala yang gagal diselesaikan. Chan memberi alasan, masalah tersebut sebenarnya telah lama berpanjangan semenjak Pulau Pinang ditadbir oleh Gerakan lagi. Lantas timbul persoalan dalam fikiran saya, di mana hebatnya DAP jika persoalan yang sama juga gagal diselesaikan. Walhal, isu tanah adalah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan negeri?
  8. Saya katakan pada Chan selagi DAP memerintah, saya tidak akan ke Pulau Pinang. Lantas Chan bertanya kenapa? Terus saya jawab kerana DAP yang memulakan 13 Mei 1969. Saya boleh lupakan, namun saya sesekali tidak akan maafkan. Ada saudara saya yang terkorban dalam tragedi tersebut.
  9. Banyak lagi persoalan saya yang hanya dijawab dengan alasan. Akhirnya Chan memutuskan begini.."Siapa menang pun tidak mengapa, asal sahaja kita boleh cari makan...betul tak?"
  10. Saya jawab begini.."Saya rela mati kelaparan daripada diperintah oleh orang yang saya benci!" Chan terdiam. Chan akhirnya mohon berlalu. Ada banyak Chan di luar sana. Kadang-kadang kita bersama mereka. ADIOSSSS

1 comment:

Anonymous said...

saya juga jawab begini.. saya tidak sabar menunggu dan ingin melihat sama ada dr. akan menunaikan apa yang dikatakannya iaitu rela mati kelaparan apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak. Sama-sama kita tunggguuuuuu......