Search This Blog

Thursday, January 24, 2013

PRU DAN TEMPOH PEMERINTAHAN:SATU DISKUSI


  1. Tun M sendiri menulis bahawa hanya PM yang tahu tarikh sebenar PRU13. Namun, secara umumnya, tarikh PRU13 tidak akan melepasi tempoh penggal yang ditetapkan. Seterusnya Tun M juga masih yakin BN akan terus memerintah. Namun, Tun M sendiri tidak tahu jumlah kemenangan yang akan diperolehi oleh BN.
  2. Tun M juga bersetuju bahawa Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Beliau percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang beliau tidak begitu yakin pandangan ini boleh digunapakai untuk semua keadaan terutama sekali di Malaysia.
  3. Kalau kita melihat parti  alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan PR dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Semua orang tertanya-tanya mengapa dia menyertai UMNO dan bukan PAS. Puncanya mudah, dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, dia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO dia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
  4. Setelah menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Perjuangan ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri”, turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.
  5. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.Ini menunjukkan lama itu harus diukur dengan kemajuan yang dibawa dan kemajuan yang akan terus dipacu.
  6. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
  7. Perubahan adalah sesuatu yang menyeluruh. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
  8. Perubahan sentiasa berlaku dalam BN. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
  9. Malaysia bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
  10. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.ADIOSSS
Diolah semula dari: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/01/tun-m-bagi-satu-lagi-pukulan-maut.html (2013)

No comments: