Search This Blog

Monday, January 28, 2013

NASARUDDIN MAT ISA : SATU DISKUSI


  1. Saya tidak tertarik dengan kes pemecatan Ustaz Nasa daripada Majlis Syura' PAS. Pada saya Majlis Syura' PAS tidak mempunyai sebarang kuasa khusus untuk menentukan halatuju PAS. Malah, ada ketikanya Majlis Syura' hanya menjadi bahan lawak Mursyidul Am PAS. 
  2. Saya lebih tertarik dengan latarbelakang dan rekod politik Ustaz Nasa. Dari segi rekod kemenangan pilihanraya, Ustaz Nasa memang mengejutkan. Bukan calang-calang calon BN yang ditumbangkan. Bukan bertanding di tempat yang sama, sebaliknya telah menawan hampir semua bahagian utara Semenanjung Malaysia.
  3. Pada PRU 1999, Ustaz Nasa telah mengalahkan Dato' Badruldin Amirudin bagi kerusi Parlimen Yan, Kedah. Majoriti yang beliau perolehi adalah kurang 200 undi. Keseluruhan undi yang Ustaz Nasa perolehi adalah 16,041 undi.
  4. Pada PRU 2004, Ustaz Nasa bertanding untuk kerusi Parlimen Besut, Terengganu menentang Abdullah Md. Zin daripada BN. Ustaz Nasa kalah dalam PRU tersebut dengan majoriti hampir 9000 undi. Namun, beliau berjaya mendapat 17,587 undi.
  5. Pada PRU 2008, Ustaz Nasa bertanding untuk kerusi Parlimen Bachok menentang Dato' Dr. Awang Adek Hussin. Mengejutkan, kerana Uztaz Nasa berjaya memperolehi kerusi tersebut dengan majoriti hampir 3000 undi. Dalam PRU tersebut Ustaz Nasa berjaya memperolehi 28,835 undi.
  6. Yang menariknya Ustaz Nasa bertanding dalam tiga kerusi Parlimen berbeza. Kesemua 62,463 undi berjaya diraih oleh Ustaz Nasa dalam kesemua PRU yang ditandinginya. Sedangkan, calon BN yang ditandingi adalah berbeza dengan jumlah undi BN menentang Ustaz Nasa adalah 67,889. 
  7. Jika diukur daripada hasil semua undian, Ustaz Nasa sebenarnya kalah dalah ketiga-tiga PRU tersebut. Yang memenangkan Ustaz Nasa adalah sistem pilihanraya di Malaysia. Namun, Ustaz Nasa terus menjadi wakil rakyat untuk dua penggal yang terpisah.
  8. Ustaz Nasa juga menentang semua calon Melayu Islam di Malaysia. Sama ada beliau memilih dengan sengaja atau tidak sukar untuk kita membuat telahan. Yang nyata, PAS akan meletakkan calonnya menentang calon Melayu-Islam di Malaysia. Ustaz Nasa juga terikat dengan peraturan ini.
  9. Atas semua peraturan PAS tersebut, maka Ustaz Nasa menjadi bosan. Itu satu kemungkinan yang paling besar. Ustaz Nasa mahu satukan Melayu-Islam melalui politik sedangkan parti beliau bersifat sebaliknya. Maka, Ustaz Nasa tidak bersuara apabila beliau dipecat daripada Majlis Syura' PAS.
  10. Saya doakan Ustaz Nasa terus berjuang dengan niat suci dan murni ini. Semoga Allah meredai usaha dan perjuangan Ustaz Nasa. ADIOSSSS

No comments: