Search This Blog

Monday, January 7, 2013

SIAPA ZAIRIL KHIR JOHARI BIN ABDULLAH

"Orang Melayu, terutama orang Alor Setar apatah lagi seperti penulis, yang mana sejarah keluarga menyusur sehingga ke kawasan yang diberi nama Kanchut, sedia maklum akan sejarah keluarga Tan Sri Khir Johari yang juga tinggal di kawasan yang sama.   Beliau berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak.

Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.

Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina.  Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru.  Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun.  Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus.

Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 yang mana pada waktu itu Zairil berusia 23 tahun dan sedang belajar di luar negara.

Sifat semulajadi kaum Cina nampaknya kekal dalam diri Puan Seri Christine walaupun telah memeluk Islam.  Sifat inilah yang mendorong kepada perebutan harta di antara keluarga baru Tan Sri Khir dengan anak-anaknya dengan arwah isterinya yang pertama.   Kes perebutan harta ini menimbulkan kejanggalan dan kejutan di kalangan masyarakat kerana melibatkan harta PUSAKA milik Puan Sri Kalsom.   Apa yang berlaku ialah keluarga baru Tan Sri Khir telah berusaha untuk mendapatkan hak dalam harta pusaka arwah isteri pertamanya.  Dalam kes ini, Tan Sri Khir menamakan semua anak-anaknya dengan arwah Puan Sri Kalsom sebagai defendan, iaitu Rosita, Prof. Amir, Roselina, Juanita, Nazli dan Mazita, Haizan.

Kita tidak berhak untuk mengulas mengenai kes ini.  Tetapi, apapun, kes ini wajar dijadikan sandaran untuk menilai sikap dan jiwa Zairil.  Lazimnya, anak seperti Zairil dari keluarga yang bercerai dan ibunya berkahwin semula pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan si-ibu serta mudah menerima nilai-nilai hidup yang diterapkan oleh si-ibu. Justeru, jika nilai keCinaan yang pentingkan harta dan wang yang ditonjolkan oleh si-ibu maka nilai itulah juga yang dipegang oleh Zairil selama-lamanya.

Ini terbukti bila Zairil sendiri, di dalam wawancara-wawancara sebelum ini, begitu megah mencanangkan bahawa arwah bapanya, bukan seperti UMNO lain kerana lebih ‘selesa’ bersama bangsa ibunya.  Dalam kata lain, tidak seperti Melayu lain, kerana lebih selesa bergaul dengan Cina.

Kita tidak mampu menilai di mana kedudukan arwah Tan Sri Khir Johari dari segi jiwa Melayunya.  Namun, kita dapat menilai kedudukan Zairil dengan jelas iaitu bahawa Zairil bukan sahaja tidak ada langsung jiwa Melayu, malah memandang rendah terhadap bangsa Melayu.

Walaubagaimanapun, DAP nampaknya terus menganggap yang orang Melayu tidak dapat membaca taktik mereka yang cuba mengaburi mata kita dengan nama Melayu yang digunakan Zairil.   Namun, apa yang tidak disedari mereka ialah taktik ini hanya mengesahkan lagi betapa rasisnya DAP sehinggakan untuk mewakili Melayu pun, mereka tidak sanggup meletakkan seorang Melayu, tetapi seorang Cina yang menggunakan nama Melayu.

Oleh itu, apa kita boleh harap dari  Zairil ini lakukan untuk kita, orang-orang Melayu atau rakyat keseluruhan di bawah DAP?  Sudahlah rasis dan korup, serta penuh manipulatif…sehinggakan untuk mengira undi yang hanya 2000-3000 ribu pun habis lintang pukang jadinya."

Dipetik dan diubahsuai dari 'http://www.jeringdaily.com/2013/01/zairil-khir-johari-b-abdullah-ialah.html'

No comments: