Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

ISLAM : DIGUNA VS DIJUANG


  1. Apabila Tun M menulis mengenai asas perjuangan UMNO, Tun M telah menggunakan susunan bahasa yang cukup tepat. Tun M menjelaskan bahawa pada UMNO, Islam adalah satu Ad-Din dan juga cara hidup yang diterima pakai oleh UMNO. 
  2. Ad-Din adalah agama yang satu dan yang hanya diterima oleh Allah. Dalam erti kata lain, hanya manusia yang menerima Islam sebagai agama boleh menggunapakai Allah sebagai Tuhan mereka. Mereka yang tidak menerima Islam, adalah golongan yang kufur. 
  3. Kufur adalah golongan yang ingkar dengan perintah Allah. Islam tidak boleh diterima sebahagian sahaja. Islam harus dianuti secara keseluruhan. Apabila mana-mana manusia menolak Rasullallah SAW sebagai rasul terakhir dan menolak semua ajaran yang dibawa oleh Baginda, maka, dari sudut Islam, golongan ini telah kufur. Maka, golongan yang kufur tidak boleh menggunakan Allah sebagai tuhan mereka.
  4. Islam secara lahiriahnya adalah golongan manusia yang akan meneruskan kehidupan di akhirat di dalam syurga. Golongan kafirun tidak akan menyentuh bau syurga. Maka, secara jelasnya, perjuangan untuk menggunakan kalimah Allah untuk agama lain, adalah 'mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu'.
  5. Apabila Tun M menegaskan UMNO menerima Islam sebagai satu cara hidup, Tun M memasukkan politik sebagai satu subset dalam kehidupan. UMNO, tegas beliau adalah satu parti politik yang berasaskan kepada ajaran Islam. 
  6. Berlainan pula dengan sesetengah parti politik yang menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Parti sebegini akan menggunakan apa sahaja ayat suci dan sunnah yang memberi untung kepada mereka untuk menghalalkan segala kesalahan dan tindakan mereka. Malah, pemimpin parti seperti ini, pada tahap ekstrem akan menyamakan sifat mereka dengan sifat Allah. Kata-kata seperti 'Allah pun memaki'...dan 'Jangankan DAP kalau syaitan nak tolong pun kita terima' adalah kata-kata yang membawa kita hampir kepada kufur.
  7. Memperjuangkan agama melalui platform politik bukan sahaja menegakkan syiar Islam. Ianya jauh melangkui batasan tersebut. Pembinaan masalah, pembinaan peradaban Islam, dan pembinaan imej Islam, memerlukan tindakan taktikal dan licik. Sehingga kini, Malaysia memang dikagumi sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun dan bergerak di landasan kemajuan.
  8. Menggunakan Islam untuk tujuan politik adalah amat mudah. Canangkan sahaja agenda Islam yang paling mustahil untuk dilaksanakan. Hudud sebagai contoh. Malalak dan menjaja perlaksanaan hudud akan meraih simpati masyarakat Islam. Malah, pecacai yang melalak akan dianggap wira sekalipun pernah ditangkap khalwat. 
  9. Penggunaan Islam sebagai wadah politik sebenarnya bermula selepas kewafatan Baginda Rasullallah. Contohnya di zaman pemerintahan Syaidina Ali, golongan Khawarij, telah menyalahgunakan ayat Allah untuk menghukum orang yang dituduh membunuh Syaidina Osman. Pendekatan ini akan berterusan sampai bila-bila. Melarat sehinggalah ke negara kita.
  10. Islam dan orang Islam sebenarnya sangat jauh berbeza. Islam itu sebenarnya amat mulia lagi suci. Orang Islam ada masa kelihatan amat mulia dan amat suci, namun kebenarannya amat kotor dan hina. Islam perlu diukur daripada tindakan pemimpin. Bukti kejayaan yang telah dibawa. Bukan, Islam itu diperdagangkan untuk meraih sokongan kita. ADIOSSSSS

No comments: