- Memang ramai yang meramalkan bahawa Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada Jumaat bersamaan 22 Februari 2013.
- Sekiranya ramalan itu benar, maka tarikh pilihanraya akan dapat ditentukan selewat-lewatnya pada 22 April 2013.
- Untuk sampai ke proses PRU akan ada proses penamaan calon. Dijangkakan penamaan calon akan dilakukan pada 9 Mac 2013.
- Berdasarkan tempoh cuti sekolah yang akan berjalan mulai 23 - 31 Mac 2013, maka kemungkinan besar, PRU 13 akan dilakukan dalam tempoh tersebut.
- Dalam erti kata lain, calon yang dipilih untuk bertanding hanya mempunyai tempoh lebih kurang 14 hari untuk berkempen.
- Persoalannya, dalam masa yang pendek tersebut apakah calon mempunyai cukup ruang untuk berkempen?
- Calon PR sebenarnya setiap hari berkempen. Malah, bukan sahaja calon, pemimpin, pengikut, malah pengundi atas pagar juga turut berkempen untuk PR.
- Calon BN pula sebenarnya dinilai oleh rakyat setiap hari berdasarkan pembangunan dan sumbangan yang dibawa kepada rakyat. Cuma, bila ada muka baru, kerja keras perlu dilakukan oleh calon supaya beliau dapat menggambarkan dirinya sebagai 'agen pembawa kemajuan'.
- Sementara calon pembangkang akan cuba membawa dirinya sebagai pemimpin yang berani, bersih, tidak korup, ahli syurga, bijak, berpengetahuan, dan sebagainya. Kerana itu, calon pembangkang perlu berkempen setiap hari.
- Jumaat ini akan menjadi penentu halatuju Malaysia. Memang kemajuan menanti kita. Namun, apakah kita itu termasuk 'MELAYU' sekiranya kita bertukar pemerintah? ADIOSSSS
Search This Blog
Wednesday, February 20, 2013
KERAMAT TARIKH 22/2: SATU DISKUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment