- Ada berita tidak rasmi yang menyatakan bahawa DUN Selangor akan dibubarkan seminggu selepas Tahun Baru Cina. Berita tersebut datangnya daripada individu yang amat rapat dengan DUN Selangor. Setakat mana kebenaran berita tersebut memerlukan satu analisis keperluan.
- Pembubaran DUN sebenarnya adalah satu keperluan. Pembubaran DUN juga boleh menjadi satu strategi. Di antara keperluan dan strategi, keperluan sentiasa menjadi kehendak pertama.
- Kalau kita analisis keadaan DUN Selangor, kita akan dapati tidak ada individu yang benar-benar berkuasa. Terdapat 56 DUN di Selangor. Terdapat 11 orang Exco yang mentadbir Selangor. Empat orang Cina, seorang India, dan selebihnya Melayu. Dari segi pecahan, hanya 3 orang exco daripada DAP, satu daripada PAS, dan selebihnya daripada PKR. Sementara keseluruhan pembangkang adalah daripada BN.
- Perbezaan kerusi pemerintah dan BN di Selangor adalah amat sedikit. Tak sampai pun 5 kerusi. Ertinya pemerintah hanya mendapat majoriti mudah di Selangor. Kerana itu, banyak keputusan penting gagal dibuat untuk rakyat Selangor.
- Gabungan pemerintah pula seakan sedikit kacau-bilau. PKR, DAP, dan PAS seperti gagal mencapai kata sepakat dalam banyak perkara. Tindakan mudah adalah dengan melantik Penasihat PKR sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Tindakan ini hanya untuk mengelirukan rakyat mengenai pelbagai isu yang menemui jalan buntu.
- Isu penjualan arak, larangan Umat Islam bekerja di premis arak, pencegahan maksiat, perlantikan SUK, pertumbuhan premis-premis maksiat, ADUN bukan Islam beraja di Rumah Allah, Salah-laku Exco, perletakan jawatan mendadak, dan sebagainya lagi menggambarkan bagaimana pemerintah Selangor ketika ini sedang menghadapi krisis dalaman yang kronik.
- Isu-isu lain seperti tuntutan air percuma, tuntutan elaun ibu tunggal, dan pelbagai tuntutan yang dibuat oleh rakyat berdasarkan manifesto PRU-12 seperti akan memihak kepada rakyat. Maka, kerajaan Selangor pasti akan menanggung hutang guaman yang bakal mencecah billion ringgit.
- Isu yang paling panas adalah isu Talam Corp. yang mendapat suntikan dana kerajaan negeri. Rakyat mahukan penjelasan yang tepat. Jawapan dan pengalihan isu yang bersifat retorik pasti sukar diterima oleh rakyat.
- Rakyat Selangor sendiri keliru siapakah MB Selangor. Semua Exco kecuali Exco PAS menjalankan peranan MB. Malah ada masanya keputusan MB ditolak mentah-mentah. Campurtangan ke atas Pihak Berkuasa Tempatan begitu ketara. Kesemua ahli politik memfokuskan strategi populis berbanding meletakkan keikhlasan untuk memajukan Selangor.
- Dengan semua isu yang sedang membuak-buak ini, saya percaya, DUN Selangor akan dibubarkan awal. Pembubaran ini akan melepaskan semua tuntutan rakyat Selangor kepada Janji PR dalam PRU-12. Malah saya juga yakin, ramai ADUN dan Exco PR yang ada sekarang tidak akan bertanding dalam PRU-13. Anda bagaimana? ADIOSSS
Search This Blog
Sunday, February 10, 2013
PEMBUBARAN DUN SELANGOR: SATU DISKUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment