- Kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO di kala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.(http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-dan-asal-usul-dap.html).
- British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.(http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-dan-asal-usul-dap.html).
- Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.Apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.
- Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".
- Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya. Dalam PRU1955, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan.
- DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. (http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-dan-asal-usul-dap.html)
- Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
- Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.
- Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.
- Kalau dilihat secara asal-usul, memang tidak dapat keserasian kedua-dua parti ini. Kerana itu untuk bergabung kedua-duanya amat memerlukan orang ketiga. Maksudnya, penggabungan ini adalah bersifat sementara sahaja sekadar inginkan kuasa dan untuk menidakkan hak sebenar kita. Sayangnya kita tidak pernah ambil tahu. ADIOSSSSS
Search This Blog
Tuesday, February 5, 2013
ASAL-USUL PAS/DAP: SATU DISKUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment