- Hadi Awang sebagai presiden adalah pemimpin yang paling bertanggungjawab dalam menentukan arahtuju parti. Arah parti boleh berubah mengikut sebarang keperluan. Namun sebagai parti Islam, arah tujuan perjuangan sepatutnya memegang kepada asas perjuangan Islam dan sentiasa berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
- "Kita mengikut kesesuaian termasuk melalui jangkaan penerimaan pengundi untuk menjamin kemenangan. Sebab itu kita tidak boleh dan tidak meletakkan calon bertanding begitu sahaja, kita mahu calon itu menang. Sebab itu faktor calon dapat sembutan akar umbi dan sambutan pengundi sangat penting."(Hadi Awang, 3 Nov. 2012).
- Ucapan tersebut sekali lagi mengubah haluan parti tersebut. Daripada perjuangan menegakkan kebesaran Islam kepada perjuangan memburu kemenangan. Haluan baru ini sebenarnya tidak membezakan parti berasaskan Islam ini dengan parti yang berasaskan bangsa.
- Malah, sewajarnya perkataan Islam dalam parti tersebut perlu dikaji semula. Seandainya perkataan tersebut terus digunakan, maka saya bimbang rakyat akan keliru dengan Islam dan parti Islam.
- Frasa untuk menjamin kemenangan jelas menunjukkan arah sebenar perjuangan parti tersebut. Namun, kemenangan itu memerlukan satu huraian yang lebih terperinci. Seandainya kemenangan semata-mata, tujuannya nampak begitu keduniaan. Maka, tidak hairanlah jika 'hasrat menghalalkan cara' mula menjadi amalan parti tersebut.
- Ini dibuktikan dengan memberi kebenaran penggunaan kalimah Allah untuk pengganut agama lain. Sehingga golongan yang menentang kebenaran yang diberikan itu dianggap jahil dan kufur. Malah ada orang kanan parti yang menyatakan begini.."Ayah Rasullallah bernama Abdullah, padahal beliau belum Islam ketika itu?"
- Persoalannya, apakah Rasul dan Nabi-nabi sebelum Muhammad bukan Islam pada pandangan parti tersebut? Atau Ayahanda dan Bonda baginda juga bukan Islam? Bagaimana dengan Maryam, Balkis, dan Siti Hajar? Sedangkan Islam untuk seluruh Umat Manusia, bukannya hanya untuk Umat Muhammad. Bezanya, Umat Muhammad mendapat Islam yang telah disempurnakan.
- Frasa kita mahu calon itu menang begitu kritikal. Ini adalah gambaran pemikiran politik semata-mata. Maksud calon di sini bukan sahaja merangkumi calon yang mewakili parti tersebut, bahkan calon yang mewakili parti-parti lain yang menjadi rakan kongsi bersama. Bukankah sebelum ini, mengundi calon bukan Islam dijadikan KAFIR?
- Sambutan pengundi sangat penting dan calon yang menjadi pilihan akar umbi menjadi tonggak ucapan ini sebenarnya. Akar umbi itu sebenarnya siapa? Pengundi itu sebenarnya? Jika calon yang menjadi pilihan akar umbi ditolak oleh pengundi bagaimana? Maka, tidak hairanlah jika parti ini mengorbankan kerusi kepada rakan pakatan mereka semata-mata untuk memburu kemenangan.
- Kemenangan sebenarnya penting dalam PRU. Namun sekadar memburu kemenangan adalah tekad yang PALING BODOH. Kemenangan bukan jaminan untuk kebahagiaan dan kemajuan. Singkap kembali sejarah negara kita. Kemenangan bagi pihak Dato' Mandaliar lah yang sebenarnya menjadi punca penjajahan Melaka. Begitu juga di Perak dan Selangor. Fikirkanlah. ADIOSSSS
Search This Blog
Monday, March 18, 2013
EVOLUSI PARTI ISLAM 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment