- Sepanjang hujung minggu, seorang rakan bekas ahli PAS mehukan pendapat saya mengenai dua buah buku. Buku-buku tersebut adalah Asam Pedas PRU 13 dan Kafirkah Aku? Kedua-dua buku tersebut ditulis oleh C.N. Al-Afghani.
- Lantas saya katakan saya belum membaca buku tersebut. Lagipun, saya tidak ada kedua-dua naskah tersebut. Saya juga kurang berminat untuk mengulas kedua-dua buku apalagi ianya ditulis berdasarkan pengalaman bekas seorang orang kuat PAS. Pada saya, orang-orang PAS tetap sama. Tetap memusuhi Melayu UMNO sampai bila-bila.
- Rakan tersebut pada hari esoknya terus menghantar kedua-dua buku tersebut. Malah, kali ini rakan tersebut datang ke rumah saya bersama 4 orang yang mendakwa mereka juga bekas ahli PAS. Sebagai tetamu saya berikan layanan tetamu.
- Dalam perbualan mereka terus menceritakan mengenai kandungan buku tersebut. Saya hanya mendengar. Pada saya apa yang ditulis dengan apa yang difahami adalah dua perkara yang berbeza. Namun, mendengar boleh membantu saya untuk memahami apa yang ditulis oleh CN Al-Afghani.
- Selalunya saya akan bermain golf pada setiap hujung minggu. Namun, pada hujung minggu kali ini saya bertekad untuk menghabiskan bacaan salah satu daripada dua buku tersebut. Saya pilih buku Asam Pedas PRU 13.
- Buku tersebut hanya sebuah buku nipis yang hanya mempunyai 91 halaman bercetak. Terdapat 58 keping gambar disertakan untuk menjadikan kandungan lebih menarik. Tidak terdapat tanda harga di mana-mana bahagian buku tersebut. Kertasnya berkualiti. Berkulit nipis. Pada saya tidak ada yang menarik untuk saya baca.
- Pada bahagian kulit terdapat beberapa frasa menarik. Pertama adalah "KUPASAN ANTINYA DAP TERHADAP ISLAM" dan pada bahagian bawah terdapat frasa "RESEPI MENUJU KEREDHAAN ALLAH ADALAH IMAN DAN TAQWA".
- Pada muka surat 'preface' disertakan dua petikan. Pertama daripada Sjeikh Dr. Sulaiman Al-Saloomi yang berkata "Haram bagi seorang Islam untuk meminta pertolongan pada orang kafir yang anti-Islam untuk menentang saudara seagama. Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan kerajaan Islam Andalusia..." Pada 'preface' kedua diletakkan terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 42 yang berbunyi "Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan (jangan) kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya."
- Sesungguhnya kedua-dua petikan ini adalah faktor utama yang menarik saya untuk terus membaca buku ini. Saya mulakan bacaan pada hari Jumaat jam 9.30 malam. Saya tamatkan bacaan saya pada sabtu jam 6.00 petang. Saya baca sekali lagi pada Sabtu jam 9.30 malam. Dan saya tamatkan bacaan saya pada Isnin jam 6.30 pagi.
- Dalam blog ini, saya akan tulis apa yang saya faham mengenai buku ASAM PEDAS PRU 13 mulai hari ini hingga selesai. Kerana buku tersebut tidak mempunyai tanda harga, maka saya akan ulas sehingga selesai. Saya yakin, pembaca semua sukar untuk memilikinya. ADIOSSS
Search This Blog
Sunday, March 10, 2013
EVOLUSI PARTI ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment