Search This Blog

Wednesday, March 13, 2013

EVOLUSI PARTI ISLAM 2


  1. Sebelum saya menulis lebih lanjut mengenai buku tersebut, saya rasa ada baiknya saya huraikan sumber yang digunakan oleh penulis untuk menghasilkan buku tersebut.
  2. Sumber utama adalah pengalaman sebenar penulis yang menjadi orang fanatik kepada Parti Islam tersebut. Penulis menghabiskan lebih 90% usianya sebagai ahli PAS tegar. Pernah menderhaka kepada kedua ibubapanya yang ketika itu ahli UMNO. Semuanya telah menyebabkan penulis menjadi buta untuk membezakan di antara ISLAM dan PARTI ISLAM.
  3. Untuk menguatkan fakta penulis menggunakan rujukan ayat Al-Quran. Terdapat 23 rujukan Al-Quran untuk memperkukuhkan hujah penulis. Penulis hanya menggunakan 3 hadis untuk memperkukuhkan pendapat beliau.
  4. Yang menarik perhatian saya adalah sumber rujukan lain yang digunakan oleh penulis. Sumber rujukan bertulis atau bergambar tersebut menjadikan buku ini benar-benar nyata dan mampu membongkar perbezaan ketara di antara ISLAM dan PARTI ISLAM. Kesemuanya terdapat 37 sumber sokongan yang bersifat begini.
  5. Paling menyentuh hati adalah senaskah surat yang ditulis sepanjang dua (2) mukasurat bertaip. Surat tersebut ditujukan oleh ayah penulis kepada isteri penulis. Kandungan surat tersebut amat sedih jika diselami sebagai bapa. maksud sebenar surat tersebut membezakan nilai ISLAM dan PAS dan UMNO jika diukur berdasarkan ketaatan kepada kedua ibubapa.
  6. Faktor yang menyebabkan saya terus membaca dan mengulang baca buku tersebut adalah kandungan di mukasurat pertama dan kedua. Kandungan ucapan Haji Hadi pada tahun 1981, 2003, dan 2013.
  7. Ketiga-tiga ucapan dalam tempoh 22 tahun tersebut nyata membawa Parti tersebut ke arah yang berlainan. Semakin jauh, arah yang dituju semakin menyimpang. Maka, saya rasa terpanggil untuk mencari arah akhir perjalanan parti tersebut.
  8. Jika buku ini dibaca dengan dengan jiwa, pasti jiwa kita menjadi kacau. Jika dibaca dengan minda, pasti minda kita menjadi caca-merba. Jika dibaca dengan perasaan, pasti kita menjadi baran. Maka, buku ini perlu dibaca dengan jiwa, minda dan perasaan.
  9. Jika kita menggabungkan semua elemen ini, ada dua kemungkinan. Jika kita ahli Parti tersebut tegar, pasti kita akan rasa ditipu dan menyesal atas perjuangan yang sia-sia. Jika kita menolak parti tersebut, kita akan berasa bersyukur kerana kita diselamatkan dari penipu yang menggunakan agama. Saya adalah golongan kedua.
  10. Dalam siri berikutnya, saya akan terus menulis berdasarkan pandangan golongan kedua. ADIOSSS

No comments: