Search This Blog

Monday, March 25, 2013

KENAPA GUNAKAN RUMAH ALLAH?


  1. Pernah anda ke masjid atau surau untuk mendengar ceramah agama kemudian penceramah tersebut menggunakan pentas ceramah agama tersebut untuk berpolitik? Saya mengalaminya malam ini. Maka, saya merasakan penceramah tersebut hilang kredibilitinya. Bila rumah Allah digunakan untuk memperlekehkan penyokong kerajaan, kerajaan, dan segalanya tentang usaha kerajaan selama ini, maka penceramah tersebut dengan sendirinya merendahkan darjat dirinya dan parti yang dianuti secara ekstream olehnya.
  2. Peliknya, penceramah tersebut seorang kakitangan kerajaan. Beliau adalah seorang Ustaz yang bertugas di IPRM. Sebuah institusi perguruan yang terulung di negara kita. Beliau bekerja dengan kerajaan, mendapat permit ceramah oleh kerajaan, gajinya dibayar oleh kerajaan, dan segalanya oleh kerajaan.
  3. Saya jangka beliau orang Pantai Timur. Cara pertuturan beliau dan nombor pendaftaran kenderaan beliau menggambarkan beliau adalah orang Pantai Timur. Cara beliau mengemukakan hujah dan tidak membenarkan pendengar mengemukakan pertanyaan adalah cara yang diamalkan oleh parti beliau.
  4. Sentiasa beliau mencari kesempatan untuk mengutuk kerajaan dan penyokong kerajaan. Antaranya beliau menegaskan Islam menggalakkan umatnya mengkhabarkan berita gembira kepada masyarakat sekeliling. Sebaliknya Umat Islam di Malaysia lebih suka menghebahkan benda yang buruk. Video yang kabur pun dijaja satu negara. Apa maksud ustaz ini?
  5. Ketika beliau menceritakan kehebatan seorang pelajar Malaysia yang bertudung labuh di Rusia, beliau gambarkan di Malaysia orang berpiket untuk tidak bertudung. Contoh yang diberikan adalah berpiket seperti di Pulau Pinang hari ini. Apa tu ustaz?
  6. Beliau berhujah bahawa Islam mengajar semua benda kepada umat manusia. Daripada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas. Beliau meneruskan hujah, Islam juga mengajar umatnya untuk menentukan kerajaan. Manakan mungkin Islam memberi kebenaran kepada umatnya untuk tidak menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Dalam kata lain, Islam melarang kita menyokong parti yang tidak memperjuangkan Islam. Apa maksud ustaz?
  7. Ustaz Pantai Timur itu juga menerangkan fadilat berdoa untuk sesama Islam. Lantas beliau terus merendahkan doa kepada Melayu. Terus merendahkan Melayu sebagai pemilik unggul tanahair ini. Terus mengatakan Melayu itu tidak penting langsung dalam pembangunan negara kita. 
  8. Dua-tiga rakan terus meminta saya untuk tidak lagi memberi kebenaran kepada ustaz tersebut untuk memberi ceramah di surau kami. Selama ini surau kami bebas politik. Memang ada orang PAS, UMNO, PKR, malah ada orang DAP pun yang menjadi jemaah. Namun kami sentiasa bersatu. Tidak pernah bercakap politik dalam dewan solat. Sayangnya seorang ustaz yang memulakannya.
  9. Jika ada pembaca blog ini dari IPRM, Kementerian Pelajaran, IPG, atau sesiapa sahaja, mohon dipanjangkan penulisan ini kepada pihak berkuasa atasan yang berkenaan. Bayangkanlah, dalam Rumah Allah yang suci, beliau berani mengutuk kerajaan, apalagi dalam bilik kuliah. Bimbang nanti produk yang dihasilkan oleh IPRM akan terus-menerus menentang kerajaan.
  10. Pada saya mengorbankan seorang kakitangan kerajaan yang salahguna kuasa ilmu dan tempat suci jauh lebih mulia daripada menyimpang beliau atas rasa kemanusiaan. Pengarah IPRM, Pengarah JAINS, tolong siasat ustaz ini. ADIOSSSS

2 comments:

Pejuangbangsa said...

Dr.Zainal, detailkan nama Ustaz, dari IPGM mana? Nanti saya boleh siasat..

Pejuangbangsa said...

emelkan kepada serabut08@gmail.com