- Keadilan Daily (4 Mac 2013) melaporkan seperti berikut. "Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah. Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,”
- Yang paling menarik adalah tuduhan ini. "Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.
- Tidak cukup begitu, sebagai satu suara politik Keadilan Daily turut mengeluarkan kenyataan berikut. "Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.
- Harakah Daily (4 Mac 2013) mula melepaskan segala kesalahan kepada BN. Tegas suara rasmi Parti Islam tersebut, "Kerajaan diingatkan agar tidak mempunyai niat untuk mempertaruhkan keselamatan negara yang sudah sekian lama dibina dan diperkukuhkan."
- Malah Harakah turut memberi amaran kepada BN seperti berikut, "“Maklumat perlu jelas sampai kepada rakyat. Tidak rakyat tertanya-tanya dan gusar mengenai perkembangan isu yang berlaku. Media tempatan perlu lebih ke hadapan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat dan begitu juga kepada media-media elektronik yang lain,” jelasnya.
- Roketkini, suara rasmi DAP pula pada 3 Mac 2013 dengan tegasnya memberi kuasa kepada Lim Kit Siang dalam membuat komen mengenai krisis ini. Tegas Roketkini, "Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan majlis semua pihak ditubuhkan membabitkan wakil daripada parti pemerintah dan oposisi untuk membantu menguruskan pencerobohan tentera Sulu di Sabah. Katanya, selain itu ia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan politik, kaum, agama atau kawasan, bersatu dalam memelihara kedaulatan negara dan keselamatan rakyatnya.
- See more at: http://roketkini.com/2013/03/03/kit-siang-cadang/#sthash.KLaZGwPS.dpuf - Seterusnya LKS dengan bangganya mengutarakan pendapat seperti berikut, "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu melawat segera Sabah bagi meredakan kebimbangan dan keresahan rakyat Sabah terhadap pelbagai insiden pencerobohan dan keselamatan rakyat di negeri itu.Menurutnya, ketika rakyat Malaysia masih berkabung untuk kematian dua wira negara, Komando Polis, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Sabaruddin Daud, 46, yang terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan penceroboh bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pagi Jumaat lalu dan tiga lagi komando cedera serta pagi ini dikejutkan pula dengan berita dua lagi anggota polis maut di Semporna, malam semalam."
- See more at: http://roketkini.com/2013/03/03/kit-siang-cadang/#sthash.KLaZGwPS.dpuf - Keadilandaily, Harakahdaily, dan Roketkini adalah tiga suara rasmi Pakatan Rakyat. Maka, ketiga-tiganya nyata tidak mempunyai idea yang khusus dalam menangani isu ini. Kesemua kesalahan dibebankan kepada BN. Tidak ada idea yang berbentuk sumbangan penyelesaian.
- Kalau kita mampu berfikir, Keadilandaily, nyata mengambil kesempatan untuk menunjukkan kelemahan BN dalam menjamin keselamatan negara. Harakahdaily pula, seperti menyatakan BN menyembunyikan fakta kepada rakyat. Dalam erti kata lain, rakyat mahu ditakutkan dengan isu keselamatan supaya terus menyokong BN.
- Peliknya, Roketkini lebih bersifat positif. Cadangan yang dikemukakan menunjukkan DAP seperti sebuah parti yang matang. Cadangan DAP pada saya boleh digunapakai. Kadang-kadang, DAP kelihatan lebih layak menjadi KETUA kepada Pakatan Rakyat melalui barisan pemimpinnya yang kelihatan matang dan penuh pengalaman. Anda bagaimana? ADIOSSSS
Search This Blog
Sunday, March 3, 2013
LAHAD DATU : SUDUT PANDANG PEMBANGKANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment