Search This Blog

Friday, March 29, 2013

UMNO DAN PEMBANGUNAN ISLAM : JAWAPAN 1


  1. "Inilah yang dihadapi oleh para anbiya a.s dan para Rasul a.s apabila mereka mengajak kaum mereka untuk buat perubahan.. kaum para Nabi selalu memberi dalih kami lebih selesa dengan yang lama ..ajaran tok nenek oyang mereka..  meskipun tradisi lama itu tradisi yang tidak baik dan menyimpang dari ajaran Tuhan ..mereka tetap kata inilah pilihan kami dulu kini dan selamanya.." MHM 
  2. Dari segi tempoh masa, perjuangan PAS lebih lama daripada perjuangan Rasullallah untuk seluruh penduduk tanah Arab menerima Islam. Ini menunjukkan perjuangan ini tidak mendapat keredhaan Allah untuk diberi kemenangan di Malaysia. UMNO sendiri memerlukan hanya 21 tahun untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada British. 12 tahun kemudian negara Islam berkembang ke Borneo juga melalui usaha UMNO. Maka, tradisi yang dilaksanakan UMNO adalah tradisi Islam yang sebenar. Bukan sekadar kata-kata untuk menanipulasikan hukum dan ayat Allah.
  3. "Kesangsian ini juga diwujudkan oleh BN melalui tuduhan tuduhan yang tidak berasas dan juga fitnah yang jahat ke atas perjuangan PR. 
    Asas kesangsian mereka yang belum menyokong PR ini adalah dalam Pakatan ada DAP iaitu parti yang bermajoriti orang Cina maka dibuat satu anggapan bahawa DAP akan menjadi penghalang kepada pembangunan Islam dan Melayu." MHM 
  4. Dalam PR bukan kerana DAP Islam dan Melayu itu tergugat. Ini kerana komponen lain dalam PR gagal mengimbangi kuasa dan kebijaksanaan para pemimpin DAP. Sehingga semua keputusan utama dibuat oleh DAP. Dari segi bilangan kerusi Parlimen dan DUN, DAP adalah penyumbang utama. Isu penggunaan Kalimah Allah, pembahagian kerusi Parlimen dan DUN, semuanya ditentukan oleh DAP. DAP bukan parti Cina, namun Cina menguasai DAP sepenuhnya sehingga dalam CAC tidak ada bangsa lain selain Cina. Cina sedar menguasai DAP adalah menguasai PR.....bakal memerintah Malaysia. Jika DAP menyertai BN, DAP terpaksa mengikut arahan UMNO, MCA dan MIC. 
  5. "Ini kerana Umno dan jentera penerangan mereka menjadi  pihak yang mewujudkan kesangsian itu. Jawapan bagi kesangsian itu hendaklah didapati dari PR, dari media PR seperti Harakah, akhbar Suara Keadilan atau akhbar Roket atau media media alternatif dan juga ceramah- ceramah anjuran PR seperti malam ini." MHM
  6. Jawapan sebenar dalam mencari jawapan kepada kesangsian adalah pengetahuan yang tepat dan perbandingan maklumat. Memang UMNO tidak akan memberi jawapan. Media PR juga tidak akan memberi jawapan. Anda hanya akan mendapat jawapan jika anda mampu melihat ilmu dengan jelas. Untuk melihat ilmu dengan jelas, anda perlu mencari ilmu yang betul. Baca semua bahan bacaan tanpa mengira daripada PR atau UMNO. Semakin banyak info yang anda perolehi, anda akan semakin mudah membuat pilihan yang tepat. 
  7. "Kami ingin nyatakan seperti mana tuan puan kami khususnya PAS juga mahukan Islam terbela. Sebab itu sejak awal lagi PAS ditubuhkan. PAS ditubuhkan antara lain untuk membangunkan Islam dalam semua aspek kehidupan. Islam sebagai al -Deen. PAS ditubuhkan antara lain kerana ulama tidak bersetuju tindakan Umno menghalalkan judi yang Allah haramkan. Jika PAS tidak ambil berat Islam sudah tentu ulama PAS hanya berdiam diri apabila Umno benarkan judi di negara ini." MHM 
  8. PAS telah mengubah matlamat utama parti. Pada tahun 1981, PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan menegakkan hukum Hudud. Pada tahun 2002, PAS menggugurkan hukum Hudud. Pada tahun 2010, PAS menggugurkan Negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan. Jangan terkejut menjelang PRU13, PAS akan memiliki calon daripada DAP. Pedulikan Judi dan Arak. Yang lebih jelas, PAS seperti berada dibawah kekuasaan DAP. Di Selangor, Kedah, dan Pulau Pinang, PR yang berkuasa. Judi, arak, malah pusat maksiat tumbuh bercambah. Apa PAS boleh buat. Di Kelantan boleh, kenapa di negeri lain tidak boleh. Siapa yang berkuasa sebenarnya. PAS sebagai komponen kuasa, atau sekadar abdi kepada PKR dan DAP. 
  9. "Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika PR perintah Putrajaya, kita juga berhak bertanya adakah Umno benar-benar membela Islam sepertimana yang Islam kehendaki atau ajar? Adakah selama berpuluh tahun Umno memerintah negara ini Islam benar benar terbela?" MHM 
  10. Saya rasa UMNO telah mengatasi Turki, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan mana-mana yang merdeka lebih awal dalam konteks mendaulatkan Islam. Lihat sahaja bilangan masjid. Jabatan-jabatan yang berkaitan Islam. Perjuangan halal. Institusi pendidikan Islam yang dibangunkan. Malah umat Islam Malaysia dipandang mulia di nagara luar. PAS mahu Islam yang macamana? Sekarang belum cukup Islam? PAS tidak sembahyang di masjid yang ada sekarang? Masjid Pulau Meranti sendiri contohnya bukan sahaja PAS guna untuk beribadah, malah untuk berceramah. Pernah PAS nyatakan Islam PAS bagaimana? Tidak kan!
  11. Saya ulas dulu sampai sini. Siri kemudian saya akan ulas lagi. Malah kalau MHM ajak saya berdebat, saya akan turun. Niat saya satu, rakyat Malaysia perlu tahu perkara sebenar. Saya tidak mahu rakyat Malaysia memilih pejuang agama hanya kerana kajhilan kita kepada ilmu. PAS amat memerlukan penyokong yang jahil Islam ketika ini. ADIOSSS




No comments: