Search This Blog

Sunday, March 31, 2013

UMNO DAN PEMBANGUNAN ISLAM: JAWAPAN 2


  1. Saya boleh bagi banyak contoh tentang jenayah Umno terhadap Islam.. lulus lesen judi, tipu dan rasuah dalam pilihanraya seperti didedahkan dalam RCI iaitu projek beri kad pengenalan kepada bukan warganegara atau dikenali projek Dr M di Sabah.  Hatta dalam pemilihan parti dia sendiri pun Umno rasuah seperti kes Tan Sri Isa samad yang disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin Umno terbabit dengan politik wang .. nama lain bagi rasuah. MHM
  2. Menghairankan penceramah ini memberi contoh yang lebih bersifat persepsi umum. Lesen judi sebenarnya untuk memenuhi kehendak golongan PKR dan DAP. Begitu juga lesen arak dan hiburan. Di Selangor, Pulau Pinang, malahan di Kedah sekalipun, pusat hiburan begini tumbuh melata. Untuk makluman semua, kesemua negeri tersebut bukan lagi di perintah oleh BN. Isu rasuah dalam pilihanraya, kad pengenalan adalah isu yang dicipta sendiri oleh pembangkang. Jika kita tanya mana buktinya, jawapannya sebenar tidak pernah diberikan. Apakah ada orang PAS yang mendapat IC sebigini. Tuduhan-tuduhan ini sebenarnya adalah fitnah. Apakah fitnah selari dengan kehendak Islam. Atau Islam dalam PAS adalah tukang fitnah terbesar di dunia.
  3. Yang lebih peliknya tuan puan Isa Samad yang Umno kata dia rasuah dipilih pula untuk jaga Felda.. lubuk wang ringgit negara ini. Macam mana wang negara tidak habis..Umno lantik orang rasuah jaga wang ..bukankah ini seperti kata pepatah Arab ibarat kita minta serigala jaga kambing sedangkan tujuan jagaan itu untuk lindungi kambing dari dimakan serigala!! MHM
  4. Isa Samad memang didapati bersalah kerana rasuah dalam pemilihan UMNO. Tan Sri Isa telah dihukum. Orang yang telah melepasi tempoh hukuman adalah orang yang bersih. Syaidina Omar adalah musuh Islam nombor satu. Setelah memeluk Islam beliau adalah kebanggaan Islam nombor dua. Kerana itu kita lihat Felda begitu cemerlang di bawah pentadbiran Isa Samad. Felda telah bergerak ke arah mencapai status global. Apa pula usaha PAS untuk membangunkan Felda. Hanya satu meracun pemikiran peneroka untuk menerima kemajuan yang di bawa oleh Isa Samad.
  5. Umno juga banyak melakukan kezaliman sedangkan di dalam Al Quran nyatakan " Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nanti kamu akan disentuh api neraka." Tangkap orang tanpa bicara tak zalim kah? MHM
  6. Siapa yang UMNO tangkap tanpa bicara? Nik Aziz bebas berfatwa walaupun fatwanya telah berbau nyanyuk. Anwar bebas berceramah ke sana ke mari. Malah Abby Abadi, Bok Lokman, dan beberapa penceramah PAS yang tidak bertauliah bebas melalak sana sini tanpa tauliah daripada badan yang berkenaan. Kita lihat, ketika ISA dihapuskan, DAP dan PKR semakin berani mencabar hak Melayu dan Islam di Malaysia. Malah, status halal juga dipertikaikan oleh mereka. Apa PAS boleh buat? Diam....ibarat jantan tidak bertelur. Dayus dan bacul, sebacul-baculnya. Malah golongan PAS yang menentang akan disingkir. Lihat sahaja Ustaz Nasa.
  7. Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan dia rompak wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu. Umno tidak hormat perjanjian.. dalam surah al-Maidah ayat 1 Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk tunaikan janji. Adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah ini?MHM
  8. Saya lebih tertarik kepada istilah tunaikan janji. Mengapa MHM tidak menggunakan kalimah ini di Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah. Sebaliknya dibandingkan dengan isu royalti. Sebagai kerajaan yang bijak, wang royalti perlu diurus dengan baik untuk memajukan seluruh negara, bukan hanya Kelantan dan Terangganu. Ini hanya menunjukkan PR begitu dangkal dalam ekonomi. Sebaliknya hanya pandai menggunakan Islam untuk memperlihat keburukkan orang lain.
  9. Isu salah guna kuasa seperti isu lembu Sharizat, isu pembelian kapal selam,  isu pembaziran wang rakyat seperti kes panggil artis Korea Psy yang dikatakan telan belanja RM2 juta untuk persembahan beberapa minit.. isu pemimpin Umno hina hukum Islam.. seperti ucapan Mahathir, Najib dan lain lain. Pokoknya Umno lah yang gagal membela Islam malahan menghina Islam  pula.MHM
  10. Perkara 9 sebenarnya lebih teruk berlaku dalam PR berbanding BN. Sharizat dan suaminya dua perkara berbeza. Macam Anwar dengan Azizah. Pembaziran sebenarnya berlaku kerana perancangan yang bodoh. Sebagai contoh membawa rombongan perdagangan 15 kali ke luar negara, malangnya tidak ada satu sen pun FDI masuk..itu bukan sahaja membazir, malahan bodoh. Berkerjasama dengan pengganas untuk memenangi PRU. Itu membazir, bodoh, dan kafir. Saya perhatikan apa yang dibicarakan oleh MHM, lebih terus dilakukan oleh PR berbanding BN. Ingat, PAS menyokong PR 100% biarpun terpaksa menyembah DAP.   ADIOSSSS







No comments: