- Ramai yang bertanyakan kepada saya, mengapa saya meramalkan Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, dan Pulau Pinang akan jatuh ataupun kekal di tangan pembangkang. Saya telah menganalisa sebab-sebab tertentu untuk melihat sokongan rakyat kepada pembangkang dengan tidak melihat sokongan rakyat kepada BN.
- Biasanya para penyokong BN adalah golongan yang diam. Tidak melalak sana-sini. Golongan yang paling kuat melalak adalah penyokong PAS. Yang paling kuat menyalak pula adalah penyokong PKR. Sementara penyokong DAP selalunya lebih bijak. Mereka hanya diam dan memberi undi kepada DAP apabila tiba hari pengundian.
- Untuk siri 3 ini saya akan menjelaskan bagaimana NS boleh jatuh ke tangan pembangkang. Secara umumnya, 13 hingga 15 calon DUN dalam PRU 13 ini adalah bukan Melayu. Kesemuanya sama ada mewakili DAP, MCA atau Gerakan. Saya ramalkan, berdasarkan sokongan kuat Cina kepada DAP, maka kesemua kerusi tersebut akan ke tangan DAP.
- Kesemua calon bukan Melayu ini akan bertanding di kawasan bandar. Di NS terdapat sebanyak 30.69% pemilih Cina. Kesemua pemilih ini, saya amat percaya akan memberikan sokongan padu kepada calon pembangkang. Undi Cina sahaja di NS akan membuatkan pembangkang terutamanya DAP akan mendapat 15 kerusi maksimum.
- Empat (4) lagi kerusi akan jatuh kepada PAS dan PKR yang diwakili oleh calon Melayu. Kerusi tersebut adalah kerusi di kawasan pinggir bandar. Kerusi tersebut adalah Ampangan, Sikamat, Pertang, dan Lenggeng. Kesemua kawasan yang dimenangi oleh pembangkang akan mencatatkan majoriti kecil.
- Ramalan saya adalah berasaskan kawasan tersebut mempunyai pengundi yang amat memilih. Ramalan ini juga adalah berdasarkan BN masih mengekalkan calon PRU 12 untuk meneruskan legasi di PRU 13. Rakyat yang mahukan suara akan menolak calon yang tidak efesien dan tidak meneruskan suara mereka di Dewan.
- Bagi 17 DUN lain, calon BN akan menang dengan selesa. Malah akan berlaku peningkatan majoriti kepada calon BN. Ini kerana bagi kawasan yang kemudahan mendapatkan maklumat menjadi luas, rakyat akan mula muak dengan ceramah dan provokasi pembangkang. Lihat sahaja, hari ini kesemua ceramah-ceramah anjuran pembangkang hanya dipenuhi oleh kerusi-kerusi kosong. Malah, para peniaga makanan juga mula meninggalkan arena ceramah ini.
- Untuk Parlimen, saya amat percaya, rakyat masih meletakkan harapan yang tinggi kepada BN di bawah kepimpinan Najib. Parlimen Rasah dan Seremban akan terus kekal kepada DAP. Sementara Parlimen Jempol akan jatuh ketangan PAS. Itu pun juga dengan majoriti kurang 10%. Bagi 5 lagi Parlimen, BN akan menang besar dengan majoriti melebihi 20%. Keyakinan rakyat kepada BN semakin meningkat, maka saya juga percaya akan ada calon Parlimen PR akan hilang wang pertaruhan di 2 atau 3 Parlimen di NS.
- Ramalan saya adalah berdasarkan analisa dan pemerhatian. Sesungguhnya, saya sendiri masih mahukan BN memerintah NS. Namun saya hanya ada satu undi. Undi saya tidak membezakan apa-apa. Saya sendiri risau dengan apa yang terjadi kepada Melayu di Selangor, Pulau Pinang, dan Perak. Saya tidak mahu perkara ini terjadi di NS.
- Saya tahu analisa saya mungkin tidak tepat. Malah, saya sendiri mahu analisa ini menjadi salah. Sebagai Melayu saya perlu dedahkan maklumat yang sebenar. Saya bukan calon. Saya tidak mempunyai kepenting. Sebagai Melayu, saya percaya ramai yang mahu BN terus berkuasa di NS. Dan saya BUKAN MELAYU....SAYA ULTRA MELAYU. Bayangkan apa yang saya mahukan!! ADIOSSSS
Search This Blog
Thursday, April 11, 2013
PRU 13: TEPATKAH PILIHAN KITA 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment