- Untuk sesi kali ini saya akan menerangkan bagaimana Pulau Pinang akan terus menjadi milik DAP. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan, Pulau Pinang akan terus menjadi milik DAP sampai bila-bila. Maka, perjuangan BN untuk menawan semula Pulau Pinang memerlukan satu tafsiran dan formula baru.
- Terdapat 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang dan 40 kerusi DUN di tempat yang sama. Saya meramalkan hanya 3 kerusi Parlimen akan berjaya dikekalkan oleh BN sementara untuk kerusi DUN, BN hanya mampu mempertahankan 15 kerusi.
- Tiga (3) kerusi tersebut adalah di kawasan majoriti Melayu termasuklah Permatang Pauh. Untuk 15 kerusi DUN pula, BN hanya akan menang jika pengundi Cina berada kurang daripada 25%. Jika pengundi Cina melebihi 25%, keseluruhan undi akan diberikan kepada DAP.
- Secara komposisi pengundi, sebanyak 54% pengundi di Pulau Pinang adalah Cina. Kejayaan DAP menolak Melayu keluar daripada Pulau Pinang secara terbuka, menyebabkan 54% pengundi ini akan memberi 100% undian kepada DAP dan Pembangkang.
- Sementara 35% pengundi Melayu akan memberikan undi mereka kepada 3 parti politik. Saya menjangkakan 25% akan memberikan undian mereka kepada BN, 2% kepada PAS, dan 8% kepada PKR. Gabungan pengundi Cina dan Melayu akan menyebabkan DAP memperolehi 64% undian.
- Pemilih India di Pulau Pinang juga akan membuat kejutan pada kali ini. Di sini terdapat hampir 11% pengundi India. Namun dalam PRU 13 ini 100% pengundi India akan memberikan sokongan mereka kepada BN.
- Fenemona Kg. Pala, kegagalan kaun India menduduki kerusi utama DAP, tidak dijemput ke pemilihan DAP, dan pelbagai usaha untuk mengurangkan pengaruh India dalam DAP akan menyebabkan pengundi India kembali kepada BN. Malah, untuk PRU kali ini, saya menjangkakan tidak ada satu pun calon India yang akan mewakili DAP.
- Walau bagaimanapun saya percaya akan ada arahan daripada DAP untuk para penyokong mereka supaya memberikan sokongan kepada calon BN bagi kawasan yang ditandingi oleh PKR dan PAS. Arahan ini akan diberikan untuk memudahkan DAP membentuk barisan Exco yang secara keseluruhannya akan bercirikan DAP.
- Melalui arahan ini, semua calon utama daripada PKR dan PAS akan tewas termasuklah untuk Parlimen Permatang Pauh. Hanya calon kurang ternama daripada PAS dan PKR akan dibenarkan oleh DAP memenangi pilihanraya kali ini. Maka, kerajaan yang dibentuk nanti akan 100% berjenama DAP.
- Analisa saya untuk keputusan di Pulau Pinang adalah 100% tepat. Malah saya amat percaya, BN memerlukan sekurang-kurangnya 3 kali PRU lagi untuk mengambil semula Pulau Pinang. Itu pun setelah kesemua Melayu dan India berjaya dikeluarkan dari Pulau Pinang. Maka, kata-kata Hang Tuah, tak akan Melayu hilang di dunia tidak lagi boleh digunakan di Pulau Pinang. ADIOSSS
Search This Blog
Sunday, April 14, 2013
PRU13: TEPATKAH PILIHAN KITA 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment