Search This Blog

Sunday, April 21, 2013

PRU 13: TEPATKAH PILIHAN KITA 5

Sebagai penjawat awam kita punya limitasi untuk melibatkan diri dalam politik. Kita hanya boleh jadi pengundi. Ini membuatkan kita tidak merasa puas. Politik adalah nadi masa depan negara kita.
Di bawah saya sertakan peraturan yang mengekang penglibatan kita dalam politik. Saya ambil daripada jpa.gov.my.

Peraturan yang berkuat kuasa

1) Peraturan 21(1), P.U.(A)395/1993 : pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan &Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:

a) memakai lambang parti politik;
b) memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik;
c) menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
d) merayu undi;
e) menjadi ejen pilihanraya;
f) bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
g) memegang jawatan di dalam parti politik.

2) Peraturan 21(2), P.U.(A)395/1993 : Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
a) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pegawai gunasama*
b) Ketua Setiausaha Kementerian – pegawai bukan gunasama
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996
* Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

3) Peraturan 21(2A), P.U.(A)395/1993 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau Guru Besar di institusi pendidikan* dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Perkara 1(b) sebenarnya berlaku di mana-mana. Malah dalam kawasan pejabat pun adakalanya berlaku. Mungkin di sekolah, kantin, atau di kawasan parkir kereta. Perkara ini, lebih banyak berlaku untuk menunjukkan penentangan kepada kerajaan berbanding penyokong kerajaan. Ini kerana, penyokong kerajaan lebih bersifat moderate dan tidak terdedah kepada budaya kutuk mengutuk dan memaki hamun.

ADIOSSSSSS

No comments: