Di tempat perumahan saya berlaku pergeseran pendapat tentang pemasangan bendera parti politik. Yang menarik perhatian saya pergeseran itu hanya berlaku di kalangan Melayu-Melayu. Penduduk Cina dan India kelihatan bijak mengawal dan mengurus sokongan mereka. Sebaliknya pengundi Melayu, jika benci pada sesuatu parti politik, bendera parti tersebut seperti haram untuk dilihat. Maka, saya bertanya pada diri saya sendiri, Melayukah aku? Malukah aku dengan perangai Melayu? Atau selama ini aku tidak pernah faham apa itu Melayu? Saya garapkan kehampaan saya kepada sifat-sifat segelintir Melayu di tempat saya ini dalam sebuah sajak. Bacalah, jika anda juga Melayu seperti saya.
AKU MELAYU, MELAYU, MELAYU DAN MELAYU SERTA MELAYU
Aku ini Melayu,
Datuk dan ayahku juga Melayu,
Aku akan pastikan anak dan cucuku juga Melayu,
Seluruh keturunan aku akan kekal menjadi Melayu.
Melayu tak senang dengan kejayaan Melayu,
Sanggup gunakan ayat Allah untuk bunuh Melayu,
Sanggup berjabat tangan dengan pembela hantu,
Sanggup kafirkan dan mohon syaitan bantu hanya untuk bunuh Melayu.
Aku ini Melayu,
Aku tidak malu menjadi Melayu,
Walau aku tidak faham karenah Melayu,
Kerana aku sering sesat dalam mencari nilai Melayu.
Melayu tidak mahu bersatu,
Asyik menuduh Melayu lain menjadi hantu,
Tidak sedarpun dalam kepala ada batu,
Walaupun ayat Allah hafal satu-satu.
Aku ini Melayu,
Lantaran itu aku sokong Melayu,
Bukan aku benci Cina dan Hindu,
Aku hanya benci golongan yang nak rampas hak Melayu.
Melayu ramai nak jadi pemimpin,
Sampai sanggup pecah belah rakan pembimbing,
Sampai sanggup tabur fitnah bumbung dan dinding,
Sampai sanggup kufur pakai pendinding
Aku ini Melayu,
Rakan aku Melayu,
Yang kata aku musuh juga Melayu,
Yang benci aku juga Melayu.
Melayu cukup marah lambat naik pangkat,
Padahal kerja bodoh berotak lembab,
Akal ada disimpan lipat-lipat,
Melalak sana-sini macam pondan kena pacat.
Aku ini Melayu,
Namun aku tak pernah malu,
Walau sejauh mana aku maju,
Walau sedalam mana aku ada ilmu.
Melayu tidak pernah puas hati,
Peliknya kepada bangsa sendiri,
Paling dihina majikan dan menteri,
Walaupun di situ tempat dia cari rezeki.
Aku ini Melayu,
Melayu, Melayu, Melayu, dan Melayu serta Melayu.
ADIOSSSS
POLITIK MELAYU 3 : TINGGAL DI BARAT....UNDI DI TIMUR
No comments:
Post a Comment