- Apa yang Umno buat bagi jaga akhlak remaja/belia Melayu/ Islam. Semasa Umno buat Hari Belia Negara 2012 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan yang Menterinya Melayu dan Islam , apa yang mereka buat? MHM
- Apa yang UMNO buat? Saya juga boleh bertanya begitu. Apa yang PAS buat? Apa yang PKR buat? DAP buat apa untuk hari belia? UMNO ada lah juga buat program. Kenapa parti pembangkang tak bagi cadangan? Hanya komen itu salah ini salah. Mana lebih teruk, Hari Belia anjuran UMNO dengan demonstrasi jalanan PR. Siap bawa budak kecik. Siap pimpin tangan amoi dan pondan. Siap solat pelbagai kiblat. Betullah kata orang, semut seberang sana nampak, gajah depan mata tidak nampak bila Allah butakan hati dan mata.
- Bayangkan tuan puan Kerajaaan Umno sanggup hidangkan belia dan beliawanis kita dengan artis wanita luar negara yang berpakaian seksi dan sanggup pula belanja RM2.04 juta .. inikah cara Umno jaga akhlak dan moral remaja Melayu/ Islam? Yang lebih hebat PM yang tuduh PAS berdosa 7 dosa besar boleh berdiri sepentas dengan artis wanita Korea K Pop yang hanya berpakaian seluar pendek .. tak berdosa pula Sahibus Samahah Al fadhil Ustaz Najib ! MHM
- Hiburan sebenarnya satu pilihan. Yang datang berhibur bukan semuanya orang UMNO. Mungkin ada orang PAS. Soal belanja RM2.04 juta tu kena ada buktinya. Tak boleh main tuduh membabi buta sahaja. Saya rasa lebih baik bawa masuk artis korea yang seksi berbanding menggunakan artis untuk mengaut undi. Usung artis janda sana-sini. Angkat janda rosak akhlak jadi ostajah. Apa tu. Nak ambil kesempatan kat janda tu ke?
- Sekarang kita lihat adakah tuduhan BN bahawa DAP anti Islam dan Melayu betul atau tidak? Kita lihat negeri Pulau Pinang yang Ketua Menterinya dari DAP. Kita lihat apa yang Lim Guan Eng ( LGE ) buat di sana? Contohnya tentang isu pendidikan agama. Adakah tuan puan ahli Umno tahu bahawa Lim Guan Eng belanja lebih banyak untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari SRJK (T) dan SRJK (C). SAR diberi bantuan per kapita sebulan puratanya RM97, 000 sedangkan sekolah Tamil hanya dapat RM 63 ribu sebulan manakala Sekolah Cina hanya dapat RM60 ribu sebulan. Macam mana Umno kata LGE anti Islam?MHM
- UMNO tidak pernah tuduh DAP itu anti Islam. DAP sendiri yang mengaku mereka menentang negara Islam. Karpal Singh sendiri yang mengatakan.."Over my dead body if U want to practice hudud in Malaysia." Bukan UMNO yang kata. DAP yang mengaku. Lihat sahaja CAC DAP mana ada calon Islam yang menang. Malah, orang Islam tidak dibenarkan menmgundi pun dalam CAC. Sama juga dengan Anwar, bukan UMNO yang gelarkan al-juburi, Mat Sabu yang gelarkan. Berapa banyak sekolah agama di Pulau Pinang? Lima buah sahaja. Berbanding dengan SRJK ada dekat 312 buah. Kalau kira jumlah untuk SAR hanya RM291,000 je setahun, sedangkan untuk SRJK sebanyak RM19,656,000 setahun. Kira pun bodoh, macamana nak jadi ahli ekonomi calon parti ni.
- Umno bukan sahaja tarik balik bantuan per kapita SAR malahan fitnah pula SAR dengan tuduh SAR tidak ajar agama sebaliknya ajar pelajar jadi pengganas ..sebab itu Umno tarik balik bantuan per kapita SAR...
LGE juga sediakan tanah untuk bina SAR. LGE juga mahukan lebih ramai huffaz , penghafaz Al Quran di Pulau Pinang dengan memberi bantuan dan hadiah. LGE nak tiru cara pemerintahan Umar Abd Aziz r.a dan itu pun Umno marah! Kita pun pelik Umno marah ..tak kan nak suruh LGE tiru pemimpin Umno .. adakah pemimpin Umno yang LGE boleh tiru s
ebab itu saya katakana tuan puan yang hina Islam dan Melayu ni Umno dan BN bukannya PAS dan Pakatan Rakyat."MHM - Apalah hebatnya LGE. Cuba kita lihat Nizar, lagi hebat. Semua SRJK(C) di Perak diberikan pajakan tanah 999 tahun. Peliknya SRJK(T) dan SAR tidak diberikan. SRJK(C) dapat lagi tanah untuk ladang seluas 40 hektar setiap satu. SAR dan SRJK(T) tak dapat la pula. Siap bagi lagi tanah untuk ladang di Gua Musang, 2000 ekar. PAS memang bijak dalam hal ini. Memang adil. Ahli syurga lah katakan. Tapi adil macam ni kah yang kita mahukan? Pernah tak PAS ambil pendapat akar umbi sebelum membuat keputusan.Kesimpulan:1. Penceramah ini belum cukup ilmu untuk menipu rakyat yang bijak. Sebaliknya beliau lebih memfokuskan kepada rakyat yang bodoh untuk terus percaya apa yang disampaikan. Anda pilihlah untuk menjadi bijak atau bodoh.2. Berkempen dengan mengemukakan persoalan demi persoalan sama ertinya bercakap tanpa fakta. Dalam bahasa mudahnya hentam keromo. Atau dalam bahasa lagi kasar, tabur fitnah. Yang paling dajal, menabur fitnah sambil berjubah dan berkopiah.3. Saya yakin, MHM tidak akan dicalonkan dalam PRU13. Ketokohan dan kepimpinan beliau hanya mencapai tahap lulusan sekolah menengah. Jika anda mendengar ceramah MHM, anda sebenarnya hanya membuang masa.4. ADIOSSSS
Search This Blog
Sunday, April 7, 2013
UMNO DAN PEMBANGUNAN ISLAM: JAWAPAN AKHIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment