- Mari kita lihat apakah yang dilakukan oleh Umno (sebagai pihak yang mendakwa Pakatan tidak akan jaga Melayu) terhadap kepentingan melayu? Apa dia kepentingan Melayu..? Dari segi Perlembagaan Persekutuan, kepentingan Melayu adalah Bahasa Melayu ..iaitu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Siapakah yang persetankan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembgaaan melalui PPSMI...Dap atau Umno? MHM
- PPSMI dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan Bahasa Inggeris di kalangan orang Melayu. Jika sebelum ini, di beberapa buah negeri, Bahasa Inggeris diajar oleh guru dengan penerangan dalam Bahasa Melayu. Ketika ini, 6 waktu seminggu diperuntukan untuk Bahasa Inggeris. Kesannya amat mendukacitakan. Dengan PPSMI, jumlah peruntukan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah menjadi 20 waktu seminggu. Namun, kegagalan PPSMI adalah kerana guru-guru sendiri (terutama yang menentang kerajaan BN) menentang dasar ini kerana kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.
- Hak istimewa orang Melayu seperti tanah rezab Melayu ..Perkara 153 Perlembagaan. Biasiswa untuk orang melayu.. adakah masih terjamin.. apa yang ada PTPTN yang rakyat kena bayar dan jika tidak bayar akan disekat pergerakan .. tak boleh ke luar Negara.MHM
- Biasiswa diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan layak. Tujuannya adalah untuk memudahkan orang Melayu menuntut ilmu. Dengan biasiswa, hanya terdapat dalam lingkungan 20,000 orang Melayu mampu ke manara gading. Melalui PPTPN, hampir 100,000 pelajar Melayu mampu ke universiti. Saya percaya, kepayahan sebenar Melayu adalah untuk membiayai pengajian, bukannya membayar hutang. Sebagai umat Islam, hutang itu wajib dibayar. PPTPN adalah langkah paling bijak untuk menambah graduan Melayu di dunia.
- Kepentingan orang Melayu termasuk isntitusi Raja Raja Melayu.. siapakah yang menjatuhkan imej Raja Raja Melayu dan siapakah yang menyerang institusi Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.. Siapa larikan anak Raja Melayu, siapakah yang nak lantik Raja Melayu baru ganti Sultan Kelantan, siapakah yang menyebabkan website kesultanan Perak diserang dalam isu Perak dulu. Siapakah yang galakkah pembaziran dengan membina Istana Baru dalam keadaaan istana lama masih cantik dan masih boleh digunakan?MHM
- Kenapa penceramah hanya bertanya? Apakah penceramah tidak pasti dengan jawapan sebenar? Kalau sekadar bertanya, orang gila dan orang bodoh pun boleh. Kalau banyak sangat tanya, sila buka kaunter pertanyaan.
- Siapakah yang menyebabkan kepentingan ekuiti orang Melayu makin tiris ? Siapakah yang menyebabkan dasar DEB gagal.. adakah DEB menolong Melayu atau Bumiputra yang benar benar perlu ditolong atau DEB menolong Umnoputra atau kelompok kelas melayu tertentu yang dapat projek hasil amalan kronisme dan nepotisme . Tidakkah kita ingat isu bailout MAS yang rugi yang diterajui oleh Tajuddin Ramli kroni pemimpin Umno. Umno selamatkan Tajuddin Ramli seorang melayu kaya dengan salah guna wang rakyat termasuk wang orang-orang melayu yang miskin seperti kita semua tuan puan.MHM
- DEB tidak gagal malahan paling berjaya. Felda sendiri telah menghasilkan lebih 13,000 jutawan Melayu. Felda telah menjadi syarikat multimodal terunggul di dunia. Pemilikan harta Melayu semakin meningkat. Kita sendiri boleh lihat peningkatan Melayu yang memandu kereta mewah. Penceramah PAS sendiri memandu kereta mewah melalui sedekah ahli. Pembangkang yang mengutuk BN pun mampu mensedekahkan kereta mewah semata-mata mahu mendengar tuduhan liar. Orang UMNO lagi lah kaya. Ini kerana orang UMNO menyokong dan percaya dasar BN 100%. Nasiblah.
- Jika Umno benar benar ingin jaga Melayu kenapakah Kelantan tidak ditolong seperti isu royalti, isu pembinaaan lebuh raya. Kenapakah semasa Umno ada dua pertiga kuasa di Parlimen tidak ditambah kerusi Parlimen dan Dun-Dun di Kelantan, Trengganu dan Kedah.. tidakkah 3 negeri ini majoritinya Melayu yang jika ditambah kerusi Parlimen dan Dun di tiga negeri tersebut nescaya akan bertambah kerusi Melayu/Islam di sana. Kerana bencikan PAS, Umno tidak mahu tambah kerusi di tiga tiga negeri tersebut ketika mereka ada kerusi dua pertiga di Parlimen. MHMKenapa Kelantan perlu ditolong. Apakah orang Kelantan menyokong kerajaan. Malah saya percaya orang Kelantan tidak percaya pada dasar BN. Malah, orang Terengganu yang mengatakan UMNO kafir. Saya rasa kumpulan ini perlu malu untuk memohon dan merayu bantuan daripada golongan yang dikafirkan. Fikitkanlah. ADIOSSS
Search This Blog
Wednesday, April 3, 2013
UMNO DAN PEMBANGUNAN ISLAM: JAWAPAN 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment