Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

BATASAN POLITIK MALAYSIA 2


  1. Batasan kedua yang perlu kita sedari dalam politik di Malaysia adalah Demokrasi Berparlimen.
  2. Demokrasi berparlimen secara mudahnya adalah memberi kuasa kepada Ahli Parlimen untuk menggubal, menghapuskan, menambahbaik, dan mengurangkan sekatan undang-undang.
  3. Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDA atas nasihat kerajaan yang memerintah sama ada negeri atau negara. Sementara Keadlian Dewan Rakyat dipilih sepenuhnya oleh rakyat.
  4. Kerajaan Malaysia ditentukan oleh bilangan calon yang dipilih oleh rakyat ke Dewan Rakyat. Parti yang bertanding dalam pilihanraya dan paling banyak memenangi kerusi di Dewan Rakyat akan secara automatik menjadi kerajaan.
  5. Parti-parti yang bertanding dan kalah, akan secara automatik menjadi pembangkang.
  6. Dalam konteks pembangunan Malaysia, kuasa penuh untuk menggubal undang-undang terletak di bahu kerajaan. Pembangkang hanya terlibat dalam perbahasan. Keputusan akan dibuat secara undian yang akan dilakukan semasa Parlimen bersidang.
  7. Maka, batasan politik sepatutnya hanya kepada pemilihan calon ke Parlimen. Tidak boleh lebih daripada itu. Jika, batasan ini disalahgunakan, rakyat secara keseluruhannya akan keliru.
  8. PRU hanyalah untuk memilih wakil kawasan kita untuk bersuara di Parlimen. Rakyat akan memilih, wakil yang paling bijak bersuara dalam menggubal undang-undang yang adil kepada negara dan rakyat itu sendiri.
  9. PRU tidak boleh menyimpang daripada tujuan ini. Malah adalah keterlaluan seandinya platform PRU disalahgunakan menyimpang daripada tujuan ini.
  10. Dalam batasan ini, kemenangan adalah ditentukan oleh bilangan kerusi dalam Parlimen dengan andaian satu kerusi mewakili keseluruhan pemilih di kawasan Parlimen berkenaan. Majoriti hanya satu indikator untuk menunjukkan bilangan jumlah pengundi sebenar dan jumlah undi yang dikira. Melalui sistem ini, undi popular tidak signifikan. Faham. ADIOSSSSS
Batasan ke3 : Siri seterusnya.

No comments: