Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

BATASAN POLITIK MALAYSIA 3


  1. Sepanjang 13 kali PRU diadakan di Malaysia, hanya 3 kali, BN mendapat kemenagan bukan 2/3. PRU tersebut adalah PRU3, PRU12, dan PRU13.
  2. Sepanjang PRU juga telah 4 kali pembangkang bergabung menentang BN. Iaitu pada tahun 1969, 1988, 2008 dan 2013.
  3. Kejayaan pembangkang paling besar terhasil pada PRU3 iaitu 10 Mei 1969, dan PRU13 pada 5 Mei 2013. Pada 1988 dan 2008, kesan kejayaan pembangkang tidak begitu membahang.
  4. Modus operandi kempen yang digunakan oleh parti pembangkang dalam PRU3 dan PRU13 adalah sama. Mastermind pun hampir sama. Bezanya dalam PRU3, pemimpin pembangkang ketika itu Syed Hussin Al-Atas tidak mempunyai masalah peribadi, tapi pada tahun PRU13, ketua pembangkang dilihat terlalu banyak mempunyai masalah peribadi dan personaliti.
  5. Apa yang digunakan adalah merupakan batasan kepada kempen politik di Malaysia. Kedua-dua PRU ini berkempen dengan menggunakan hak samarata rakyat Malaysia dengan menghapuskan hak istimewa Bumiputera.
  6. Apabila perkara yang amat jelas dalam perlembagaan ini dijaja untuk dihapuskan, maka sokongan masyarakat Bukan Bumiputera khususnya kaum Cina akan meningkat kepada pembangkang.
  7. Memanipulasikan isu ini pada tahap yang amat kritikal akan mengganggu keamanan negara. Perkara tersebut telah dipersetujui sebelum merdeka. Fakta sebenarnya adalah MEMBERI HAK ISTIMEWA KEPADA BUMIPUTERA DAN MEMBERI HAK KERAKYATAN SECARA JUS SOLI KEPADA CINA DAN INDIA.
  8. Peliknya sehingga Malaysia telah selesai 13 PRU, tidak ada parti politik yang sanggup menggunakan isu berkempen untuk MENARIK SEMULA KERAKYATAN YANG DIBERIKAN KEPADA CINA DAN INDIA. 
  9. Pada saya amat mudah. Parti yang berkempen dengan menjadi perkara ini bahan kempen utama adalah parti yang paling tidak bertanggungjawab. Rakyat hanya dibohongi. Hak Istimewa Bumiputera dan Pemberian Warganegara secara Jus Soli akan terus kekal di Malaysia.
  10. Dua perkara inilah yang sebenarnya menjadi tiket keamanan dan kemakmuran negara. Jadi, MENGAPA NAK TUKAR. Fahammmmm. ADIOSSSS
Batasan 4 - Islam sebagai Agama Rasmi

No comments: