Search This Blog

Wednesday, May 22, 2013

BATASAN POLITIK MALAYSIA 6


  1. Saya adalah di antara rakyat yang bertuah di Malaysia. Kerajaan BN telah memberi biasiswa kepada saya semenjak saya di tingkatan satu sehingga ke ke peringkat ijazah kedoktoran. Kerana itu, saya diikat untuk berkhidmat dengan kerajaan sehingga mencapai usia 50 tahun.
  2. Ketika itu, Malaysia hanya ada 5 buah universiti awam. Jumlah pelajar yang layak masuk juga hanyalah dalam lingkungan 10,000 pelajar. 
  3. Namun, sekarang suasana telah berubah. Bilangan universiti awam adalah berpuluh. UiTM sahaja ada hampir 30 cawangan. Universiti swasta ada berpuluh-puluh. 
  4. Kesemua ini menyebabkan jumlah yang akan masuk ke universiti akan mencecah lebih 200,000 orang. Bayangkan jika kerajaan memberi biasiswa kepada 200,000 dengan kos RM10,000 setahun. Maka jumlahnya yang hangus akan menjadi RM2,000,000,000.00 setiap tahun. Dalam sepuluh tahun nilai ini mungkin bertambah menjadi RM20,000,000,000.00
  5. Bayangkan jika kerajaan hanya mampu menaja 10,000 pelajar setahun. Maka akan terdapat 190,000 pelajar yang mungkin berpotensi akan menamatkan pengajian di peringkat SPM.
  6. Kerana itu, saya merasakan PTPTN adalah kaedah penyelesaian masalah yang paling bijak. Wang yang dilabur akan diperolehi semula dan boleh digunakan untuk generasi akan datang sampai bila-bila. 
  7. Dalam masa yang sama, bilangan rakyat Malaysia yang akan memiliki ijazah pertama akan meningkat sejuta orang dalam masa 5 tahun. Jika PTPTN dimulakan semenjak awal merdeka, terdapat hampir 8 juta rakyat Malaysia yang memiliki ijazah.
  8. PTPTN terbahagi kepada dua komponen. Yuran pengajian dan elaun sara hidup. Pelajar bebas untuk memilih mana-mana komponen atau menolak terus PTPTN. Ianya bukan paksaan.
  9. Jika yuran diberi percuma, maka elaun sara hidup tidak akan diberikan. Menghapuskan PTPTN sebenarnya menyempitkan ruang rakyat Malaysia untuk ke menara gading.
  10. Pinjam perlu bayar. Tak nak bayar dapatkan ijazah kelas pertama. Bayar bukan masalah besar jika anda memiliki ijazah. Anda akan mendapat kerja yang baik. Lebih sukar jika anda tidan mempunyai ruang untuk meminjam semasa hendak ke universiti. Fikirkan dan fahami. FAHAMMMMM. ADIOSSS
Next : HOW TO WIN CYBER WARFARE IN DIGITAL ERA

No comments: