Search This Blog

Monday, May 20, 2013

BATASAN POLITIK MALAYSIA 5


  1. Sebagai kerajaan, BN telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang semenjak 1957 lagi. Perubahan yang dinikmati hari ini adalah fakta dan bukti kejayaan BN mentadbir negara. 
  2. Dalam tadbirurus negara, ada perkara yang menjadi wajib dan ada yang tidak wajib. Yang menjadi tanggungjawab wajib adalah menyediakan kemudahan infrastruktur rakyat. 
  3. Ada pelbagai infrastruktur yang boleh dibahagikan kepada beberapa dimensi. Antaranya ialah pengangkutan, perubahan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
  4. Dalam dimensi pengangkutan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membina dan memperbanykkan kemudahan jalanraya. Tujuannya mudah untuk meningkatkan perhibungan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Kerana itu, jalanraya menjadi wajib.
  5. Lebuhraya adalah keluar daripada skop jalanraya. Lebuhraya tidak wajib dibangunkan oleh mana-mana kerajaan di dunia ini. Lebuhraya diwujudkan melalui kepandaian dan kebijaksanaan pemimpin negara.
  6. Atas dasar lebuhraya bukanlah tanggungjawab wajib kerajaan, maka pengguna lebuhraya dikenakan "TOL" . Ini memandangkan kerajaan telahpun menyediakan jelanraya secara percuma kepada rakyat Malaysia.
  7. Lebuhraya sebenarnya dibuat bukan menggunakan duit negara. Sebaliknya menggunakan duit syarikat tertentu sebagai modal permulaan. Syarikat pula dibenarkan untuk mendapatkan semula modal tersebut melalui kutipan tol.
  8. Tol pula adalah sebagai salah satu elemen untuk mengawal bilangan pengguna lebuhraya. Malangnya kerana kebijaksanaan BN mengurus ekonomi negara, maka setiap kereta akan terus masuk ke lebuhraya untuk meneruskan perjalanan mereka.
  9. Malah hari ini, lebuhraya telah mengubah budaya pemanduan di Malaysia. Rakyat sendiri keliru untuk membezakan penggunaan lebuhraya dan jalanraya. Malah, hampir 70% pemandu di Malaysia hanya tahu meneruskan destinasi melalui lebuhraya berbanding jalanraya.
  10. Pasti ada politikus yang tidak bertanggungjawab memahami budaya baru pemanduan ini. Golongan ini akan terus menyalak untuk menghapuskan tol. Walhal, apabila terhapus sahaja tol, maka secara automatiknya lebuhraya akan menjadi jalanraya. Jem sana, jem sini dan jem sini-sana. FAHAMMMM. ADIOSSSS
Batasan 6 : PTPTN-Pinjam dan bayar

No comments: