Search This Blog

Thursday, May 9, 2013

MAKNA KEPUTUSAN PRU13: DUN SELANGOR 4


  1. Saya amat tertarik dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor. Kemenangan itu diluar jangkaan saya. Saya juga yakin, kemenangan PAS itu diluar jangkaan PR secara keseluruhannya.
  2. Pada saya pertambahan mendadak kerusi PAS adalah kerana pengundi percaya dengan strategi dan bahan kempen yang dijalankan oleh PAS.
  3. PAS selalunya berkempen dengan mengatakan orang Islam hendaklah memilih pemimpin di kalangan orang Islam sendiri. Adalah haram untuk orang Islam memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin. Saya sendiri mendengar hujah ini oleh seorang Ustaz ketika menyampaikan ceramah di surau taman perumahan saya.Pemimpin PAS sering mengatakan itu adalah perintah Allah.
  4. Pemimpin dalam konteks negeri yang mempunyai Sultan di malaysia adalah MB. Islam dalam konteks PAS pula hanya berlegar di sekitar beberapa takrifan yang dipersetujui oleh Majlis Ulamak PAS dan pemimpin kanan PAS.
  5. PAS selama ini menganggap mengundi untuk memilih pemimpin Islam adalah satu jihad. Maka, Selangor menjadi negeri yang paling baik untuk PAS membuktikan jihad mereka adalah benar. Membuktikan Islam dalam PAS bukan perjuangan parti, sebaliknya perjuangan Agama Allah.
  6. Malaysia semua maklum, selepas Allahyarham Dato' Fadzil Nor, PAS gagal menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Sedangkan kepada pembangkang, Ketua Pembangkang adalah pemimpin. 
  7. Saya yakin, Selangor akan merubah persepsi ini. PAS akan berdoa, bermunajat, berjemaah Solat Hajat, dan melakukan apa sahaja untuk menlantik pemimpin Islam di Selangor.
  8. Pemimpin Islam itu pula bukan sekadar Islam pada kad pengenalan, tetapi pemimpin Islam yang sebenar. Yang mampu menjadi Imam Solat, ketua semua majlis Islam, dan mampu menjadi warga Islam contoh kepada seluruh Malaysia.
  9. Saya sendiri percaya, jika MB Selangor dilantik di kalangan PAS, seluruh umat Islam Malaysia akan membuka mata kepada perjuangan PAS di Malaysia.
  10. Seandainya berlaku sebaliknya, maka seluruh penyokong setia selama ini akan merasa tertipu. Pada mereka, PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan Islam sebagai modal perjuangannya. ADIOSSSS

No comments: