Search This Blog

Wednesday, May 8, 2013

MAKNA KEPUTUSAN PRU13: DUN SELANGOR 3


  1. Semalam saya menulis secara umum jumlah kerusi berdasarkan parti, pecahan kaum dan agama. Itu jelas menunjukkan Melayu masih menguasai negeri Selangor.
  2. Hari ini kita abaikan kerusi yang dimenangi oleh BN. Secara umumnya 12 kerusi dimenangi oleh BN hanya mampu menjadikan BN sebagai pembangkang yang lemah di Selangor. Maka Selangor akan ditadbir, dikuasai, dan diuruskan oleh PAS, DAP, dan PKR.
  3. Kalau diperincikan, 12 kerusi BN semuanya milik Melayu. Jika bilangan ini diabaikan, masih terdapat 25 kerusi Melayu di DUN Selangor. Secara matematiknya, MB mestilah dilantik di kalangan Melayu.
  4. MB hendaklah Melayu yang berjiwa Islam berdasarkan kemenangan PAS di Selangor. Melayu yang semakin kurang nilai Islam dan Melayu tidak sepatutnya menjadi MB di Selangor.
  5. Di kalangan PAS, DAP, dan PKR sendiri, peratusan kerusi Melayu adalah hampir 60%. Ini beerti, semua EXCO kanan Selangor mestilah terdiri dikalangan Melayu. Secara metamatiknya, paling kurang 60% daripada barisan EXCO Selangor sepatutnya Melayu.
  6. Kerusi Cina pula mewakili 35% daripada keseluruhan kerusi PAS, DAP dan PKR. Maka, 2 EXCO kanan mestilah dilantik di kalangan ADUN Cina. Saya cadangkan satu daripada DAP dan satu daripada PKR . Sementara EXCO Cina lain yang mewakili DAP mesti melebihi ADUN PKR.
  7. Kerusi India sebenarnya kurang daripada 10%. EXCO India tidak boleh menjadi EXCO kanan. DAP atau PKR tidak penting. Untuk adil, minimum 2 orang ADUN India perlu dilantik sebagai EXCO di Selangor.
  8. Berdasarkan bilangan kerusi mengikut parti, kaum, dan agama, secara logiknya saya yakin rakyat Selangor mahukan seorang MB di kalangan ADUN PAS. Kegagalan Selangor memenuhi aspirasi ini, akan menyebabkan penyokong PAS lari secara perlahan-lahan.
  9. Saya juga yakin, rakyat Selangor mula tidak sabar menantikan perlantikan rasmi MB dan barisan EXCO Selangor. Pasti rakyat Selangor menunggu dan terus menunggu. Saya juga percaya kepimpinan tertinggi PR akan terus mengalih tumpuan rakyat dengan mencipta pelbagai isu. Sehingga rakyat lupa siapa sepatutnya yang menjadi MB Selangor, kemudian MB Selangor dan barisan EXCO akan diputuskan.
  10. Saya menulis berdasarkan teori arithmetik. Bukan berdasarkan teori politik. Sebabnya saya amat percaya ketika ini, 80% rakyat tidak faham apa itu politik. Rakyat hanya belajar dan mengenal politik melalui pentas ceramah. ADIOSSSSS

No comments: