Search This Blog

Tuesday, May 7, 2013

MAKNA KEPUTUSAN PRU13: DUN SELANGOR2


  1. Secara mudahnya kita boleh katakan PAS dan DAP telah menguasai DUN Selangor. Kedua-dua parti ini adalah berasaskan kaum atau agama. 
  2. Secara luarannya, kedua-dua parti ini nampak seperti parti pelbagai bangsa, namun hanya dikuasai oleh satu bangsa. PAS oleh Melayu Islam, DAP oleh Cina bandar.
  3. BN dan PKR gagal mendominasi DUN Selangor. Kedua-dua parti ini adalah parti pelbagai bangsa. Ahlinya pembagai bangsa, dan dikuasai oleh pelbagai bangsa. 
  4. Jika dipecahkan mengikut bangsa, akan terdapat 37 orang Melayu akan bersuara dalam DUN Selangor. Maka, kuasa Melayu sepatutnya menguasai DUN Selangor, mencorak dan membentuk Selangor ke arah masa depan yang lebih gemilang.
  5. Begitu juga kalau mengikut agama, 37 orang ADUN Islam akan menyumbang dalam pembangunan Selangor. Amat mustahil jika syariat Islam terpinggir di Selangor.
  6. Jika 12 orang Melayu dari BN diketepikan, masih terdapat 25 orang calon Melayu dan Islam yang bakal memimpin Selangor. Secara umumnya, apa sahaja platform perjuangan Melayu Selangor telah ditakdirkan untuk mendominasi DUN Selangor.
  7. Malangnya Melayu dalam politik Selangor tidak bersatu. Melayu ada dalam BN, PAS, DAP dan PKR. Maka nilai 37 itu akan sendirinya menjadi kurang daripada 15.
  8. Jika dinilai daripada strategi kumpulan tertentu, nilai 15 itu pula akan jatuh menjadi kurang daripada 14.
  9. Bila Penasihat DAP memutuskan Ketua Umum PKR akan terus menjadi Ketua Pembangkang, maka ertinya semua orang Melayu Selangor faham. Bukan sahaja perlu faham, malah perlu terima tanpa ada sebarang bantahan.
  10. Saya memilih Selangor kerana negeri ini telah mencapai tahap Negeri Maju. Trend pengundian di Selangor mungkin akan menjadi trend pengundian di seluruh negeri maju di Malaysia. Jangan ada bangsa yang rugi bila trend ini berleluasa. ADIOSSSS

No comments: