Search This Blog

Wednesday, May 1, 2013

POLITIK MELAYU 8


  1. BEZA MCA DAN DAP
  2. Sebagai negara majmuk, Malaysia memerlukan semua kaum untuk memajukan negara ini. Kaedah mudah untuk mempertingkatkan kerjasama kaum adalah melalui platform politik. Politik bukan sekadar perjuangan satu bangsa, tetapi politik adalah perjuangan untuk memakmurkan dan memajukan negara.
  3. Di Malaysia ada tiga parti politik yang majoriti ahlinya terdiri daripada kaum Cina. MCA, DAP, dan Gerakan. Namun, ada rakan saya yang bertanyakan apakah perbezaan di antara MCA dan DAP.
  4. MCA adalah parti yang ahlinya adalah Cina. Bangsa lain tidak boleh menjadi ahli MCA. DAP adalah parti pelbagai kaum. Siapa sahaja rakyat Malaysia boleh menjadi ahli DAP. Namun DAP dikuasai oleh Cina sepenuhnya. CEC 2012 membuktikan bukan Cina tidak akan terpilih menjadi pemimpin dalam DAP.
  5. MCA adalah parti yang ditubuhkan sebelum 1955 untuk sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Tujuan utama penubuhan MCA adalah untuk membuktikan kepada penjajah bahawa Cina boleh bersatu dengan Melayu.
  6. DAP ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Ada yang berpendapat DAP akan terus memperjuangkan fundemental perjuangan PAP iaitu meningkat bilangan ahli politiknya di dalam kabinet Malaysia.
  7. MCA asalnya ditubuhkan oleh gabungan Dewan Perniagaan Cina. MCA akan menjaga kepentingan perniagaan bangsa Cina dalam masa yang sama akan turut sama berjuang ke arah pembangunan ekonomi dan fizikal Malaysia.
  8. DAP tertubuh atas dasar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Tujuan utamanya adalah siapa sahaja boleh menjadi pemerintah Malaysia. Termasuk PM dan Presiden yang akan dilantik jika DAP memerintah.
  9. MCA telah mentadbir negara semenjak 1957. Namun, MCA mengamalkan konsep perkongsian kuasa. MCA tidak pernah mahu menjadi PM sekalipun UMNO pernah diharamkan. Di negeri juga, MCA tidak pernah memohon tambahan EXCO atau tambahan kerusi pilihanraya.
  10. DAP mencapai kemenangan besar pada 1969 dan 2008. Anda lihat apa yang terjadi. Anda kira bilangan EXCO di negeri terbabit. Anda lihat manipulasi kuasa yang berlaku di sana. ADIOSSSS
POLITIK MELAYU 9 : AKHIR

No comments: