Search This Blog

Wednesday, June 12, 2013

ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN : KITA TUNGGU DAN LIHAT


  1. Semua MP BN akan akan sumpah. Itu pasti. Sumpah tandanya menghargai kehendak rakyat yang memilih mereka sebagai Wakil Rakyat.
  2. Upacara ini akan dijalankan pada 24 Jun. Maksudnya hanya dua minggu dari sekarang.
  3. Semua MP pembangkang pada mulanya mahu memboikot upacara angkat sumpah ini.
  4. Bersumpah ertinya mengaku mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihan yang dibuat oleh rakyat. 
  5. Dalam kata lain hanya orang yang bertanggungjawab sahaja berani bersumpah untuk bertanggungjawab.
  6. Orang yang tak berani bertanggungjawab akan mencari pelbagai alasan untuk tidak bersumpah.
  7. Rekod membuktikan kumpulan ini akan memberi alasan demi alasan untuk tidak bersumpah.
  8. Rakyat pula terus menerus boleh menerima alasan yang dikemuakakan sekalipun alasan itu penuh dengan sifat tolol dan bahlul.
  9. Tapi pada saya ini semua lakonan. Banyak video yang dilakonkan dengan penuh yakin oleh kumpulan ini. Inikan pula lakonan bersumpah. Senang sahaja kepada golongan ini.
  10. Saya menjangkakan semua MP akan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. Namun cerita PRU tidak adil akan terus menjadi plot drama politik pembangkang. Bukan sekali mereka berlakon dan mereka akan terus berlakon dan berlakon. ADIOSSSS

No comments: