- Untuk menjadi MP kita bukan sahaja perlu dipilih oleh rakyat, malah kita perlu bersumpah untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
- Semua wakil kerajaan telah bersedia bersumpah dengan rela hati. Malah ada sebahagian yang menyertai kebinet telahpun bekerja untuk negara dan rakyat.
- Bagi MP pembangkang bercelaru sungguh. Sekejap sanggup bersumpah dan sekejap enggan bersumpah.
- Ada pula pihak dalam pembangkang yang sanggup bersumpah, ada pula yang terus enggan bersumpah.
- Yang terus enggan bersumpah mahu terus kekal menjadi sumpah-sumpah.
- Bayangkan kalau permulaan kalimah sumpah itu bunyinya amat menakutkan, menginsafkan, dan meremangkan.
- Contohnya begini."Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah meliwat, berzina, menerima rasuah, dan meniduri isteri orang....maka aku dengan suci hati sanggup berkhidmat sebagai MP..." Mau ada yang pengsan atau terus mati.
- Ataupun begini. " Aku bersumpah dengan ini dengan suci hati hanya mahu menjadi MP untuk berkhidmat untuk bangsa, agama, dan negara......" Mau juga ada yang pengsan atau balik terus mati kemalangan.
- Kalaulah dimasukkan kalimah Wallahi, Wabillahi,....kepada semua MP Islam, mungkin juga ada MP yang menggigil kepala lutut untuk bersumpah. Bersambung pula dengan kalimah ini...."Sekiranya sumpah saya ini tidak benar, saya akan ditimpa azab Allah dengan serta merta." Ramai yang tak sanggup bertanding.
- Maka cara terbaik adalah dengan memberi alasan dan alasan. Terus mencari alasan dan memberi alasan. Tiada kebimbangan. Semua rakyat telah percaya pada cerita yang dibina. Semua rakyat, tetapi bukan saya. Anda bagaimana???? ADIOSSSS
Search This Blog
Wednesday, June 12, 2013
PHOBIA BERSUMPAH: KENAPA NI???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment