Search This Blog

Monday, June 17, 2013

POLITIKUS DAN MEDIA BARU 2


  1. Hari ini ada pelbagai bentuk media baru yang boleh digunakan sebagai jambatan komunikasi di antara pemimpin dan pengikut.
  2. Antara yang paling popular adalah fb. Ada beberapa media lain yang bersifat kumpulan seperti Line, WhatsApp, WeChat, dan lain-lain. Aplikasi ini lebih mudah untuk membentuk keserataan dalam satu kumpulan.
  3. Saya mengikuti beberapa fb ahli politik. Membaca apa yang pemimpin 'post', menilai dan berfikir. Banyak maksud tersembunyi dalam setiap 'post' mereka.
  4. Saya amat tertarik dengan komen-komen yang dikemukakan. Lebih 85% komen sebenarnya menyebelahi ahli politik tersebut.
  5. Selebihnya dalam lingkungan 15% adalah golongan yang memberikan komen negatif. Kumpulan ini akan mencari dan terus mencari kesalahan ahli politik tersebut.
  6. Justeru saya hanya 'berkawan' dengan ahli politik kerajaan dalam fb, maka saya sifatkan dan andaikan golongan yang mengemukakan komen negatif tersebut datangnya hasil didikan pembangkang.
  7. Cara pengikut pembangkang ini berhujah dan memberi komen amat keterlaluan. Saya tidak hairan. Lihat sahaja cara pemimpin mereka berceramah sama ada di pentas atau di alam siber. Sama sahaja. Memaki dan mengutuk serta menghina.
  8. Saya beri contoh, ramai yang menghentam seorang menteri kerana membenarkan tayangan filem ketika waktu Maghrib. Kononnya tidak Islamik. Sedangkan, waktu tayangan filem ada 5 ke 6 kali dalam sehari. Kenapa nak pilih waktu Maghrib?
  9. Lebih menghairankan kenapa hanya diungkit ketika waktu Maghrib? Kenapa tidak waktu Zohor, Asar, dan Isyak? Apakah pemimpin mereka hanya mengajar bersolat ketika waktu Maghrib? Atau dengan kata lain hanya solat satu waktu sehari?
  10. Pada saya jelas. Kumpulan ini sudah terbiasa dengan cara memaki, menghamun, dan menghina. Pada kumpulan ini untuk menjadi hero, kita perlu banyak memaki, menghamun, dan menghina. Sedangkan sebenarnya semakin banyak menghina, kita akan jadi semakin hina. ADIOSSSS

No comments: