Search This Blog

Sunday, June 16, 2013

POLIKUS DAN MEDIA BARU


  1. Media baru seperti fb dan twitter mampu menjadi medium komunikasi yang paling berkesan. Kerana itu, menggunakan media baru akan menjadi langkah yang paling tepat untuk menentukan kelangsungan hayat politkus masa kini.
  2. KSN juga telah mengarahkan kesemua KSU dan KP serta semua ketua jabatan untuk membuka akaun fb dan twitter. Malah kumpulan ini diminta menjadi pengguna yang aktif.
  3. Kalau kita menjadi rakan kepada beberapa fb ahli politik, kita akan dapati golongan ini akan sentiasa ada dua kumpulan yang menjadi rakan fb. Satu penyokong dan satu lagi penentang.
  4. Kumpulan penentang untuk ahli politik kerajaan pastilah ahli-ahli parti politik pembangkang. Begitu juga sebaliknya.
  5. Kumpulan penyokong pula selalunya adalah daripada parti ahli politik itu sendiri. Namun, rata-rata golongan rakyat yang tidak mempunyai parti politik juga gemar menyertai forum fb ahli politik.
  6. Isu di sini adalah ahli parti pembangkang yang menyertai fb ahli politik kerajaan. Kumpulan itu selalunya bersifat keterlaluan dan menyerang secara membabi buta.
  7. Kumpulan ini akan membuat serangan peribadi, mencari dan terus mencari kesalahan. Mengutuk dan menghina. Dan ada masanya menghina hingga ke tahap menggunakan agama.
  8. Pada saya ini adalah kesan daripada sistem pendidikan pembangkang yang terlalu kerap menganjurkan politik jalanan dan mengamalkan politik kutuk-mengutuk. Menghairankan, kumpulan ini akan meresakan diri mereka menjadi hero jika membuat komen yang paling bodoh.
  9. Saya selalu bertanya beberapa rakan yang menjadi penyokong fanatik parti pembangkang. Hasilnya, saya akan dapati jawapan yang sebenarnya menysihkan nilai kebijaksanaan yang sepatutnya ada pada pada setiap manusia.
  10. Maka saya bimbang, generasi akan datang hanya mahu menjadi hero dengan mencari keburukkan orang lain, bukannya dengan membuktikan kehebatan diri sendiri. Jika, ini terjadi, seluruh negara akan dipenuhi oleh satu bangsa baru. Bangsa tersebut adalah Bangsa MORON. ADIOSSSS

No comments: