Search This Blog

Wednesday, July 17, 2013

MEDIA DAN PILIHANRAYA UMUM 2013 - 6


  1. Saya tertarik dengan satu teori yang dikemukakan oleh seorang penyelidik dari UiTM. Teori itu berasaskan berpuluh-puluh kajian literatur beliau dan kajian empirikal beliau.
  2. Beliau menyatakan politik adalah lebih kepada emosi berbanding realiti. Saya amat tertarik dengan teori ini, namun saya tidak bersetuju 100%.
  3. Persoalan di Malaysia, parti manakah yang memanipulasikan emosi rakyat dan parti manakah yang bercakap di atas fakta dan data.
  4. Pembangkang membahagikan peranan mengikut komposisi kaum. Parti yang dominan oleh Cina akan berjuang mengenai hak sama rata dan penghapusan hak Bumiputera.
  5. Parti yang kononnya berasaskan agama Islam dan kononnya lagi dibarisi oleh para ulamak dan anbia akan memanipulasikan isu Islam dan hudud.
  6. Parti yang tiada arah tujuan akan memainkan isu integriti, transparent, dan sebagainya. Maka, emosi rakyat dimainkan sehingga 360 darjah.
  7. Pembangkang sebenarnya tidak punya sekelumit jasa kepada Malaysia. Justeru, pembangkang hanya berretorik tentang impian dan harapan masa depan rakyat Malaysia. Lain tempat, lain lagu yang dinyanyikan. Maka, rakyat tenggelam dalam emosi yang menggelapkan jiwa dan fikiran.
  8. Sedangkan kerajaan bercerita atas fakta dan data. Ini sebenarnya bersandarkan realiti dan kemampuan semasa.
  9. Bila kerajaan bercerita mengenai pencapian dan usaha lalu, maka rakyat akan didedahkan dengan cerita semalam. Sedang rakyat mahu cerita untuk esok dan lusa yang enak didengar. Kerajaan pula mustahil untuk berbohong. 
  10. Akibatnya keputusan PRU 13 begitu mengejutkan. Kita boleh lihat, dalam dunia semoden manapun, jika kita boleh kawal emosi rakyat, kita akan menang. Masalah, memainkan emosi rakyat adalah satu tindakan yang paling tidak bertanggungjawab. ANDA BOLEH LIHAT SIAPA YANG MENJADI DALANG. ADIOSSSS
Esok....Apa itu Black 505?

No comments: