Search This Blog

Thursday, July 18, 2013

MEDIA DAN PILIHANRAYA UMUM 2013 - 7


  1. Dalam zaman media baru ini menghimpunkan sekumpulan manusia menjadi amat mudah. Setarakan pemikiran mereka, permainkan emosi mereka, dan mereka pasti akan jadi lebih bodoh daripada KERBAU DICUCUK HIDUNG.
  2. Media baru menyediakan pelbagai saluran untuk mempengaruhi emosi manusia. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan fb atau twitter.
  3. Kerana itu kita melihat pembangkang mula mengeluarkan beberapa pernyataan ke dalam fb sebaik sahaja undian PRU 13 bermula.
  4. Yang dikeluarkan adalah isu-isu bodoh. Dakwat yang tidak kekal. Mudah, basuh sahaja jari sebaik sahaja kita mengundi, maka, bukan sahaja dakwat, apa sahaja akan hilang. Modal dakwat tidak kekal akan dijadikan isu untuk pilihanraya tidak adil.
  5. Peliknya, yang mengadu dakwat hilang dah pergi mengundi dan tidak dapat mengundi sekali lagi. Tapi, sebab emosi dah terbangang, maka semua penyokong percaya. Malah, ada penyokong yang berdoa supaya Allah turunkan bala kepada BN sebab tidak adil dalam menguruskan PRU.
  6. Kedua guna blog. Kumpul beberapa blogger. Buat satu cerita. Blogger A poskan cerita tersebut. Blogger B buat link dan tukar tajuk. Dalam masa 4 jam, ada 30,000 blog bercakap perkara yang sama. Sekali lagi, 600,000 penyokong dibodohkan emosinya.
  7. Nak bagi lagi nampak nyata buat video. Edit lebih kurang dan poskan ke Youtube. Buat la macamana pun, gerenti penyokong akan percaya. Semua video pembangkang tentang PRU 13 semuanya video edit dan super impose. 
  8. Pembangkang poskan juga ke dalam Youtube kerana yakin penyokong mereka akan percaya. Pembangkang tahu, emosi dan pemikiran mereka telah disamakan taraf dan levelnya menjadi pengikut yang paling setia.
  9. Kemudian, blogger akan link kan lagi semua video ini ke dalam blog mereka. Tukar tajuk dan ajak berpiket dan berdemonstarasi. Dalam masa 3 hari, pasti 100,000 hamba pembangkang dapat dikumpulkan.
  10. Kadang-kadang saya rasa, mengumpul lembu di padang lebih sukar daripada mengumpul peserta black 505. Anda fikirlah sendiri siapa dalangnya dan siapa lebai malangnya. ADIOSSSS
Siri berikutnya - Apa Hasil Perjuangan Black 505

No comments: